PBB Seri Sarawak 4 Raja Sungai Krian

0

Mengungguli acara kemuncak kategori terbuka lelaki Sakai 30 pada Regata Saratok 2016 kelmarin

// Oleh Kepu Sidi //

RAJA SUNGAI: Abdul Wahab merupakan pemilik perahu PBB Seri Sarawak 4 menjulang piala Regata Saratok 2016 kelmarin.

RAJA SUNGAI: Abdul Wahab merupakan pemilik perahu PBB Seri Sarawak 4 menjulang piala Regata Saratok 2016 kelmarin.

SARATOK: Pasukan PBB Seri Sarawak 4 mengungguli Regata Saratok 2016 sekali gus merangkul gelaran Raja Sungai Krian sebaik pesta air itu melabuhkan tirai petang kelmarin.

Acara kemuncak bagi kategori terbuka lelaki Sakai 30, pasukan PBB Seri Sarawak 4 berjaya menewaskan tiga pesaing yang lain.

PBB Seri Sarawak 4 adalah perahu milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz.

Selaku pemenang tempat pertama, PBB Seri Sarawak 4 membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan piala.

Sementara itu, naib juara dimenangi PBB Seri Sarawak 3 yang dimiliki oleh Kaunselor Mohamad Duri manakala tempat ketiga jatuh kepada pasukan Sinar Awin milik Gan Eng Kiat.

Tempat keempat dimenangi perahu Cahaya Naga Sakti Putri Krian 1 milik Jini Engkabang.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai serta piala.

Sebanyak 23 pasukan dari seluruh negeri ini berentap merebut kejuaraan pada Regata Saratok tahun ini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohd Ikhmal Abdullah.