Perkenal budaya hidup sihat kepada belia

0

Monster Dash 2017 sasarkan lebih 7,000 peserta sertai larian amal itu pada 14 Januari

// Oleh Mohd Shafik Ahmad //

LARIAN AMAL: Patrick (tengah) bersama Raymond Sim ketika menunjukkan pakaian rasmi Larian Amal Monster Dash 2017 di Kuching kelmarin.

LARIAN AMAL: Patrick (tengah) bersama Raymond Sim ketika menunjukkan pakaian rasmi Larian Amal Monster Dash 2017 di Kuching kelmarin.

KUCHING: Penganjuran Larian Amal Monster Dash 2017 oleh OurYouth.my kali ini menyasarkan lebih 7,000 peserta yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari depan.

Jurucakap penganjur, Datuk Patrick Liew berkata larian itu akan diadakan di Icom Square, Jalan Pending di sini dengan tema ‘Light Up The City’ bermula jam 7 malam.

Menurutnya, selain memperkenal budaya hidup sihat kepada golongan belia larian tersebut bagi mengumpul dana untuk di salurkan kepada dua pertubuhan kebajikan di sini.

“Antaranya ialah Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (HOPE Place) dan Persatuan Kanser Kanakkanak Sarawak (SCCS),” katanya pada majlis penyerahan tajaan Larian Amal Monster Dash 2017 di sini kelmarin.

Orang ramai yang berminat menyertai larian tersebut boleh membuat pendaftaran secara ‘online’ atau mendapatkan borang di premis LEA Centre dan Lea Sports Centre, iCube Innovation Sdn Bhd, iZakaya Kuching (iCom Square).

Kategori larian terbahagi kepada dua iaitu ‘Actual Run’ dan ‘Virtual Run’ yang masing-masing dikenakan yuran sebanyak RM28 dan RM50 seorang.

Peserta berdaftar akan dilengkapkan dengan pakaian rasmi larian, sijil penyertaan dan medal.

Difahamkan sejak tahun penganjuran program larian amal tersebut, seramai 15,000 peserta terlibat dan sejumlah RM378,000 dana dikumpulkan member i manfaat kepada empat persatuan kebajikan.