UMNO Tenom perolehi pendedahan produk pertanian

0

KUALA LUMPUR: Rombongan UMNO Bahagian Tenom terdiri ketua-ketua cawangan mengambil peluang untuk mengadakan lawatan ke Pameran Pertanian MAHA 2016, yang diadakan di Serdang Selangor, baru-baru ini.

Lawatan itu diadakan bersempena Persidangan Agung UMNO yang diadakan di Kuala Lumpur.

Lawatan itu cukup bermakna kerana mendapat pendedahan yang amat mendalam mengenai industri pertanian, di mana pelbagai produk pertanian dipamerkan dan dijual kepada pengunjung, kata ketua rombongan, Bernie Amat.

“Kamu amat berterima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Tenom Datuk Rubin Balang yang telah menyusun atur progran lawatan ini,” katanya yang juga AJK UMNO Bahagian Tenom.

Rubin yang turut serta dalam lawatan itu berkata rombongan itu terdiri daripada sebahagian ketua cawangan UMNO diberi kesempatan untuk melawat Pameran Pertanian MAHA 2016 yang terbesar di Malaysia dan bertaraf antarabangsa.

“Tujuannya ialah supaya mereka dapat mengetahui bagaimana buah-buahan ataupun barangan makanan yang berkualiti tinggi dipasarkan di MAHA ini dan bagaimana mengeluarkan produk pertanian yang berkualiti tinggi, dan bagaimana produk itu dipasarkan di MAHA ini,” katanya.

Justeru katanya, adalah diharapkan lawatan itu akan menyuntik semangat mereka untuk memajukan hasil pertanian apabila pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sebelum itu, rombongan telah mengadakan lawatan ke Putrajaya.

Rombongan juga mengikuti perjalanan Perhimpunan Agung UMNO yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), dan memberikan sokongan padu kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.