Usaha hidupkan sukan papan selaju di Kuching dipuji

0
KENANGAN: Farouk (kanan), Pengurus China House, Old Court House Shirley Abdullah (tiga kanan) dan Zulkarnien (kiri) merakam kenangan bersama pemenang dan penganjur selepas majlis penyampaian hadiah.

KENANGAN: Farouk (kanan), Pengurus China House, Old Court House Shirley Abdullah (tiga kanan)
dan Zulkarnien (kiri) merakam kenangan bersama pemenang dan penganjur selepas majlis penyampaian
hadiah.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman memuji inisiatif School of Skateboarding menghidupkan sukan papan selaju di sini melalui penganjuran pertandingan yang diadakan di pekarangan mahkamah lama pada Sabtu lepas.

Menurut Fazzrudin, ia satu permulaan yang baik dalam usaha mempopularkan semula sukan yang pernah menjadi kegilaan remaja di sini suatu masa dahulu.

“Saya harap pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk remaja di sini.

“Saya juga bersedia memberi sokongan padu kepada penganjur untuk menganjur aktiviti seumpama ini pada masa akan datang,” katanya dalam teks ucapan yang dipaparkan menerusi skrin projektor semasa majlis penyampaian hadiah di kantin Old Court House pada Sabtu lepas.

Presiden Kelab Papan Selaju Dewan Suarah (CISCA) Mohamad Farouk Tufail Mahmud pula berkata misi utama kelab tersebut ialah menjadi penggerak utama dalam memastikan pembangunan papan selaju sebagai sukan profesional berkemahiran tinggi di sini.

Selain itu, kelab itu juga katanya berhasrat untuk menetapkan penanda aras dalam pembangunan infrastruktur sukan berkenaan bersama pakar berkelas dunia.

“Visi kami adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai pusat melahirkan ramai generasi baharu pemain papan selaju profesional berkemahiran tinggi yang dapat mewakili negara ke kejohanan antarabngsa dan paling utama melayakkan diri pada Sukan Olimpik Jepun 2020,” ujar Farouk dalam ucapannya.

Sementara itu, peluncur berpengalaman Gavin Jorden Nuek (Spoil Devil) membuktikan kehebatan dengan merangkul dua kejuaraan pada pertandingan ‘Old Court House Skate Jam 2016’ anjuran bersama School of Skateboarding dan Homer Skateshop.

Beliau dinobat ‘Skater Of The Year 2016’ untuk meraih wang tunai RM500, piala, satu set papan selaju daripada ORY sk8board dan tajaan setahun baharu diperkenalkan agar sentiasa beraksi dengan baik.

Beliau juga berharap empat pemain import baharu yang diperkenalkan nanti dapat menggunakan pengalaman mereka di arena antarabangsa membantu skuad itu meraih keputusan baik.

“Setakat ini, dua pemain import yang telah dipilih (Mark Andrew Hartman dan dan Lee Jong Ho) telah menunjukkan keserasian yang baik dengan rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Sarawak sedang menguji empat pemain luar ketika ini untuk mengisi dua lagi kuota pemain import di posisi penyerang dan pertahanan.

Ketua Jurulatih David Usop ketika ditanya mengeoleh Homers skateshop.

Selain itu, Gavin turut memenangi kategori ‘best trick rail’ untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM50 dan barangan tajaan Homers & sk8saok.

Anugerah SOS/Homer Best Video 2016 pula dirangkul Arman Mustafa (gappy sk8) untuk menggondol wang tunai RM300 dan piala.

Manakala Anugerah SOS/ Homer Rookie Of The Year milik Muhammad Rafi’uddin Azizan (black brigade) untuk menerima RM300 dan piala.

Pemenang ‘best trick hydrant’ pula disandang Alias untuk menerima RM50 dan barangan tajaan Homers & sk8saok.

Manakala Danish Farhan yang memenangi kategori ‘best trick stairs’ turut meraih RM50 dan barangan tajaan Homers & sk8saok.

Penganjur Zulkarnien Poasa merakamkan setinggi penghargaan kepada Fazzrudin, CISKA, SJN Forewarding, Bariq Services, China House, Syarikat Alwi, Philiosophy Ory Skateboard, Sk8saok dan Flow Skate Build kerana sudi menaja pertandingan berkenaan.