Lapan lelaki terlibat rusuhan bersenjata ditahan

0
TANGKAP: Kesemua lapan suspek dalam satu kejadian rusuhan bersenjata berjaya ditangkap.

TANGKAP: Kesemua lapan suspek dalam satu kejadian rusuhan bersenjata berjaya ditangkap.

KUCHING: Seramai lapan lelaki ditangkap dalam satu kejadian rusuhan bersenjata akibat pertikaian dipercayai salah faham di pusat hiburan di Jalan Mendu di sini, malam Ahad.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 9.30 malam apabila kira-kira 20 lelaki bersenjatakan parang dan kwang tau menyerang dan merosakkan harta benda di tiga pusat hiburan yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

Kumpulan itu yang menyedari kehadiran pasukan polis kemudian cuba melarikan diri dengan menaiki kenderaan namun cubaan mereka berjaya dihalang.

Difahamkan, suspek-suspek turut bertindak agresif dan melawan ketika tangkapan dilakukan.

ROSAK: Keadaan dalam pusat hiburan yang dirosakkan oleh kumpulan tersebut.

ROSAK: Keadaan dalam pusat hiburan yang dirosakkan oleh kumpulan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila salah seorang suspek ditegur semasa minum oleh pekerja pusat hiburan tersebut.

“Bertindak atas maklumat, lebih kurang pada jam 12.15 pagi Isnin, seramai lapan lelaki ditangkap bersama rampasan senjata parang dan kereta milik suspek,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu semalam.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 39 tahun dibawa ke IPD Kuching bagi menjalani ujian air kencing dan membantu siasatan.

Siasatan sedang dijalankan.