Pemimpin masyarakat perlu bekerjasama pastikan penerima bantuan tidak tercicir

JANGAN TERCICIR: Isnin menyampaikan bantuan e-Kasih di Kampung Lubak Beaufort.

JANGAN TERCICIR: Isnin menyampaikan bantuan e-Kasih di Kampung Lubak Beaufort.

BEAUFORT: Pemimpin masyarakat perlu sentiasa bekerjasama bagi memastikan penerima yang layak menerima bantuan kerajaan tidak tercicir.

Pengerusi Barisan Nasional Beaufort Datuk Isnin Aliasnih berkata, kerjasama itu bukan hanya dengan pihak agensi kerajaan tetapi juga dengan ketua kampung dan JKKK.

Beliau berkata, semangat seumpama itu perlu dipupuk, dierat dan dimesrakan.

“Penerima bantuan kerajaan bergantung kepada maklumat yang diberikan kepada pihak yang berkaitan dan inilah yang memerlukan semangat kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan makanan e-Kasih di Kampung Lubak, di sini, kelmarin.

Isnin berkata, kerajaan BN menyediakan pelbagai insentif untuk membantu rakyat dan mahu insentif itu mencapai sasaran.

Katanya, kerjasama itu juga harus ada kepada jabatan atau agensi yang berkaitan.

Menurutnya, adalah lebih berkesan jika staf jabatan atau agensi kerajaan itu mempunyai hubungan erat dengan pemimpin masyarakat.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan penerima yang layak menerima bantuan itu tidak tercicir,” katanya.

Dalam pada itu, Isnin berkata rakyat tidak harus mempercayai dan mudah terpedaya dengan dakwaan pembangkang.

Katanya, pembinaan rumah PPRT yang dahulu bukan kerana keprihatinan pemimpin pembangkang sewaktu menjadi menteri tetapi adalah daripada kerajaan BN.

“Pembinaan rumah itu adalah daripada peruntukan kerajaan BN dan mendapat kelulusan kerana pemimpin BN setempat dan bukan kerana keprihatinan pemimpin itu, semuanya kerana keprihatinan pemimpin BN,” katanya.

What do you think of this story?
  • Great (0%)
  • Interesting (0%)
  • Nothing (100%)
  • Sad (0%)
  • Angry (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of