Sarawak belum mantap

0
TEWAS: Aksi persahabatan Sarawak dan Sabah di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin. Sarawak tewas 1-0.

TEWAS: Aksi persahabatan Sarawak dan Sabah di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin. Sarawak tewas 1-0.

KUCHING: Pasukan Sarawak tampak masih belum mantap dari segenap posisi setelah kalah tipis 1-0 dengan Sabah pada aksi persahabatan menjelang Liga Malaysia 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Gol tunggal Sabah dijaringkan oleh Rawilson Batuil pada minit ke-30 babak pertama perlawanan yang disaksikan lebih 1,000 penonton.

Bagaimanapun, peluang Sarawak meny amaka n kedudukan pada minit ke- 55 dipersiakan apabila Mark Hartman gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pengendalinya, David Usop ternyata masih belum berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan skuad gandingan pemainpemainnya dan calon pemain- pemain import.

Beliau mengakui sedikit terkilan dengan aksi pemain import baharu, Mark Hartman yang dilihat kurang menyerlah berbanding ketika beraksi dengan Geylang FC.

“Mark (Hartman) tidak mempamerkan aksi sebenarnya seperti yang kita lihat ketika beraksi bersama skuad Geylang FC, beliau sentiasa bergerak dalam pelbagai situasi dan perlu membantu dan menyuntik semangat pasukan,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan antara Sarawak dan Sabah di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin.

Menurutnya, beberapa pemain utama turut direhatkan dalam perlawanan itu kerana tidak mahu mengambil risiko daripada dilanda kecederaan.

David mengakui sedikit kesuntukan masa untuk mencari pemain import bagi posisi penyerang utama ketika ini.

“Kita tidak mempunyai banyak masa untuk membuat pemilihan calon import sebelum melengkap senarai akhir skuad Sarawak musim ini,” katanya.

Namun, David memberitahu bahawa nasib beberapa pemain menyertai sesi pemilihan bersama pasukan Sarawak masih belum diketahui setakat ini.

“Tiada masa lagi untuk mengadakan perlawanan persahabatan dan apa yang penting kita mahu mencari penyerang utama.

“Sekarang kita hanya ada lebih kurang seminggu tempoh untuk membuat pemilihan sebelum menetapkan keputusan akhir,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Sarawak kini masih mencari dua calon import bagi mengisi kekosongan slot posisi pertahanan dan penyerang.

Dalam aksi persahabatan malam kelmarin, Sabah menurunkan skuad utamanya berbanding Sarawak membariskan ramai pemain simpanan.