KPDNKK S’wak rampas barang RM23j pada 2016

Oleh Rosemaria Buma//

SERAH TERIMA TUGAS: Alexander (kiri) menyerahkan fail kepada Joe sebagai simbolik majlis serah terima tugas di antara mereka sambil disaksikan Stanley (bertali leher) dan pegawai kanan KPDNKK yang lain.

SERAH TERIMA TUGAS: Alexander (kiri) menyerahkan fail kepada Joe sebagai simbolik majlis serah terima tugas di antara mereka sambil disaksikan Stanley (bertali leher) dan pegawai kanan KPDNKK yang lain.

MIRI: Sebanyak 749 kes membabitkan nilai rampasan berjumlah RM23,026,006.63 direkod Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Stanley Tan berkata sepanjang tempoh sama, pihaknya berjaya mengutip kompaun bernilai RM81,500.

“Sebanyak 79,360 premis seluruh negeri dengan 59,644 premis di kawasan bandar dan 19,716 premis lagi di luar bandar diperiksa pegawai penguat kuasa KPDNKK bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu,” katanya pada sidang media diadakan di sini semalam.

Terdahulu, Stanley turut menyaksikan majlis serah terima tugas antara Ketua Cawangan KPDNKK Miri, Alexander Averon Suwin dan Joe Azmi.

Alexander berpindah tugas ke Kuching, manakala Joe Azmi bakal menggantikan tempat beliau sebelum ini juga bertugas di Kuching.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Abdul Hafidz Abdul Rahim merangkap Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri.

Pada sidang media sama, Stanley memberitahu bardasarkan pecahan data mengikut akta, kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 357 kes.

Ini diikuti Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan merekodkan 203 kes, Akta Perihal Pengguna  (APP) 2011 (124 kes), Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (34), Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (18), Akta Hak Cipta (AHC) 1987 (7) dan Akta Sewa Beli (ASB) 1967 (6).

Jelasnya, tiada sebarang kes direkod di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

“Manakala dari segi rampasan, kesalahan di bawah AKB 1961 mencatat rekod terbanyak dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM22,632,804.60.

“Ini diikuti APP 2011 dengan nilai rampasan RM219,253.55, ATS 1972 (RM69,146.60), AKHAP 2011 (54,557.58), AHC 1987 (RM42,351.30) dan APP 1999 (RM7,893),” katanya.

Sementara itu kata Stanley, bagi bahagian Miri, sebanyak 13 kes telah direkodkan sepanjang sembilan hari pertama tahun ini.

Sepanjang tempoh sama, sebanyak 478 buah premis di bahagian ini telah diperiksa KPDNKK Miri.

Sehubungan itu katanya, pegawai penguat kuasa KPDNKK akan sentiasa turun padang untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

What do you think of this story?
  • Great (100%)
  • Interesting (0%)
  • Nothing (0%)
  • Sad (0%)
  • Angry (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of