Polis temui rangka motosikal curi disimpan dalam parit

0
DITEMUI: Suspek menunjukkan polis lokasi rangka motosikal curi yang dibuang di kawasan parit Jalan Medait Ahad lepas.

DITEMUI: Suspek menunjukkan polis lokasi rangka motosikal curi yang dibuang di kawasan parit Jalan Medait Ahad lepas.

LIMBANG: Polis berjaya menemui sebuah lagi rangka motosikal dipercayai dicuri di kawasan parit tepi Jalan Medait di sini petang Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata penemuan rangka motosikal curi itu hasil penangkapan suspek kes curi motosikal di sini baru-baru ini.

Jelasnya suspek 34, berjaya menunjukkan anggotanya ‘port’ kawasan parit, lokasi rangka motosikal curi itu dibuang selepas dilerai.

“Hasil pemerksaan lanjut di dalam parit terbabit telah menjumpai sebuah rangka motosikal,” katanya lagi.

Jelasnya hasil siasatan mendapati kompol kenderaan itu masih dilaporkan hilang dan rampasan kemudian dibawa  ke  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

Dalam kes berasingan seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam  kegiatan penjualan nombor ekor haram di bandar ini Sabtu lepas.

Suspek berketurunan Cina ditahan sekitar jam 2.06 petang .

Mohd Bukhori berkata  ketika tangkapan dilakukan suspek dipercayai sedang menjalankan operasi menjual nombor ekor haram kepada pelanggannya.

Bagaimanapun katanya kegiatan itu berjaya digagalkan dengan penangkapan suspek di kawasan berkenaan.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM150, telefon bimbit, serta pelbagai peralatan dipercayai diguna untuk tujuan sama,” katanya.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953.