Sarang lebah mengejutkan pekerja kilang sawit

0
MEMBIMBANGKAN: Sarang lebah berada di atas tangki biji sawit di Ladang Retus, Rantau Panjang di Sibu.

MEMBIMBANGKAN: Sarang lebah berada di atas tangki biji sawit di Ladang Retus, Rantau Panjang di Sibu.

SIBU: Kemunculan sarang lebah sebiji tong sampah hitam mengejutkan pekerja sebuah kilang sawit di Retus, Rantau Panjang dekat sini pagi kelmarin.

Pengurusan kilang mendapati sarang lebah bersarang di atas tangki simpanan biji sawit bertindak menghubungi talian kecemasan kerana bimbang mendatangkan insiden tidak diingini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu menerima panggilan jam 8 pagi terus mengerahkan pasukannya ke lokasi terbabit tengah hari kelmarin.

Tiga anggota APM terpaksa memanjat tong simpanan biji sawit dengan cermat sebelum melakukan kerja pemusnahan sarang.

Mereka mengambil masa lebih tiga jam memusnahkan sarang lebah itu menggunakan kaedah semburan ‘Ridsect’ dan api.