Masyarakat luar bandar harus sentiasa bekerjasama dengan kerajaan: Masir

0
RASMI: Masir (tengah) bersama Tuai Rumah Santok (kanan) sambil diperhatikan ahli JKKK memotong reben di Jalan Kampung sebelum masuk ke rumah panjang terbabit.

RASMI: Masir (tengah) bersama Tuai Rumah Santok (kanan) sambil diperhatikan ahli JKKK memotong reben di Jalan Kampung sebelum masuk ke rumah panjang terbabit.

SRI AMAN: Masyarakat luar bandar harus sentiasa memberi kerjasama padu kepada kerajaan bagi memudahkan menyalurkan pelbagai projek pembangunan untuk kepentingan bersama.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata tanpa kerjasama rakyat, sukar bagi kerajaan melaksana serta menyalurkan pembangunan.

“Penduduk luar bandar harus memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk terus memacu pembangunan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Santok, Empaling Asal, Pantu dekat sini.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata, kerajaan mengutamakan pembangunan kepada rakyat supaya setiap lapisan masyarakat menikmati hasil kemerdekaan sama rata.

“Kerajaan tidak menganaktirikan sesuatu kawasan dan semua rakyat menikmati pembangunan yang dilaksanakan untuk faedah bersama,” katanya.

Jelasnya, sokongan padu terhadap setiap wakil rakyat di kawasan masing-masing amat perlu memudahkan pelaksanaan pembangunan di kawasan terbabit.