Perginya tokoh sukan berwibawa

0
MINAT TAEKWONDO: Adenan memberi ‘pose’ istimewa bersama Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong (dua kiri) dan Jamilah semasa merasmikan acara taekwondo pada temasya SUKMA Ke-18 di Stadium Tertutup, Petra Jaya.

MINAT TAEKWONDO: Adenan memberi ‘pose’ istimewa bersama Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong (dua kiri) dan Jamilah semasa merasmikan acara taekwondo pada temasya SUKMA Ke-18 di Stadium Tertutup, Petra Jaya.

Pelbagai perubahan dibawa Tok Nan dari aspek pembangunan atlet mahupun fasiliti sukan

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Sarawak kehilangan tokoh sukan yang berwibawa dengan pemergian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Pusat Jantung Kota Samarahan semalam.

Sumbangan Adenan atau lebih mesra dipanggil Tok Nan terhadap sukan di Sarawak bermula sejak beliau memegang jawatan Menteri Pembangunan Sosial dari 1992 hingga 1998.

Pelbagai perubahan dibawa Allahyarham baik dari aspek pembangunan atlet-atlet mahupun fasiliti sukan di Sarawak sepanjang beliau menyandang jawatan tersebut.

Beliau meneruskan agenda pembangunan sukan selepas mengambil alih tampuk kepimpinan Ketua Menteri pada 28 Februari 2014.

Antara sumbangan besar Adenan adalah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA 2016) diadakan dari 22 hingg 31 Julai 2016 di sini dan kerajaan negeri telah berbelanja hampir RM400 juta untuk membina dan menaik taraf pelbagai fasiliti sukan.

Adenan juga sentiasa berpegang kepada visi mahu menjadikan Sarawak kuasa sukan di Malaysia dan ia dibuktikan melalui komitmen kerajaan negeri dengan meletakkan sasaran tersebut dalam salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama (KRA).

Menurut bekas Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin, Adenan seorang yang komited dalam menyokong pembangunan sukan di negeri ini secara menyeluruh.

“Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan turut terlibat dalam persediaan Sarawak untuk mengh a – dapi beberapa kejohanan SUKMA.

“Beliau juga sentiasa berusaha dengan penuh komited untuk menjadikan Sarawak kuasa sukan di Malaysia.

Kita kehilangan pemimpin yang hebat dan amat disegani,” katanya di sini semalam.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee pula menyifatkan pemergian Adenan sebagai kehilangan besar dalam a r ena sukan di Sarawak.

Menurutnya, Adenan merupakan tunjang kepada pembangunan sukan negeri dan banyak berjasa terutamanya dalam memastikan kejayaan penganjuran SUKMA Ke-18.

“Ketua Menteri (Adenan) telah banyak memberikan sokongan, motivasi dan semangat kepada atlet-atlet kita semasa temasya SUKMA 2016.

Ia satu kehilangan amat besar kepada Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Jurulatih Sarawak, Awang Mahyan Awang Mohamad menyifatkan Adenan sebagai pemimpin yang ‘humble’ dan mempunyai semangat kesukanan cukup tinggi.

Katanya, Allahyarham yang amat meminati bola sepak telah banyak berjasa kepada skuad Sarawak pada era Ngap Sayot.

“Pengorbanan Allahyarham bukan setakat wang ringgit malah beliau b a n – yak berkorban masa kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak.

Saya masih ingat, beliau sering mengikuti pasukan negeri apabila kita bertandang ke tempat lawan,” kata Awang Mahyan.

Menurutnya, Allahyarham juga pencetus idea untuk membina gelanggang boling padang dalam usaha memartabatkan sukan itu di sini.

Adenan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.24 petang di Pusat Jantung Kota Samarahan petang semalam.