Transformer SESB di Batu Sapi terbakar

0

SANDAKAN: Sebuah trans-former Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Sandakan bersama enam tan minyak transformer di Stesen Janakuasa Batu Sapi telah terbakar lewat petang Selasa.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 5.52 petang.

“Api berjaya dikawal jam 6.42 petang dan padam sepenuhnya jam 6.48 petang,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan transformer berkenaan membekalkan elektrik di sekitar Karamunting dan Batu Sapi.

“Setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kemalangan jiwa dan pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran,” katanya.