3,000 dakwa ditipu melalui skim pelaburan Ponzi

0

Dikendali bekas personaliti televisyen, rugi lebih AS$100j

KUALA LUMPUR: Kirakira 3,000 orang yang mendakwa menjadi mangsa penipuan melalui ‘skim pelaburan Ponzi’ berhimpun di sini semalam untuk membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh mereka.

Skim itu didakwa dikendalikan seorang bekas personaliti televisyen dan suaminya serta lima yang lain.

Turut hadir, bekas setiausaha agung MIC Datuk R.Ramanan.

Bercakap kepada pemberita, Ramanan berkata mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis dengan secepat mungkin.

“Setelah laporan itu dibuat, langkah seterusnya ialah mengambil tindakan undangudang terhadap pengendalinya.

Enam peguam akan membimbing dan mengetuai kami dalam urusan ini,” katanya.

Ramanan mendakwa, sehingga kini, 17,000 orang menjadi mangsa skim itu dan melibatkan lebih AS$100 juta (RM446 juta).

Katanya, lebih banyak individu tampil untuk mendakwa bahawa mereka ditipu melalui skim itu.

Dalam sidang akhbar pada 26 Nov tahun lepas, yang juga dihadiri Ramanan, bendahari agung MIC Datuk Seri S.

Vell Paari dilaporkan berkata kirakira 300 orang mendakwa menjadi mangsa skim tersebut yang melibatkan kerugian kira-kira RM2.2 juta.

Beliau mendakwa pasangan suami isteri berkenaan menggunakan nama pemimpin negara untuk mempengaruhi dan meyakinkan mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan tersebut.

Pada hari sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Kuala Lumpur ACP Mohd Luthfi Ismail Abdullah mengesahkan menerima laporan tentang perkara itu.  — Bernama