Demerson, Mateo pilihan Sarawak

0
CEMERLANG: Demerson (belakang) beraksi cemerlang pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Kuching di Stadium Negeri, Jumaat lalu.

CEMERLANG: Demerson (belakang) beraksi cemerlang pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Kuching di Stadium Negeri, Jumaat lalu.

Bagi mengisi dua slot pemain import terakhir beraksi di bahagian pertahanan dan serangan

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Pemain pertahanan dari Brazil, Demerson Bruno Costa dan penyerang kelahiran Croatia, Mateo Roskam menjadi pilihan Sarawak bagi mengisi dua slot pemain import terakhir musim ini.

Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop berkata kedua- dua pemain import itu berjaya menambat hatinya semasa perlawanan persahabatan menentang Kuching di Stadium Negeri, Jumaat lalu.

“Kedua -duanya mempunyai ciriciri pemain import yang saya cari.

Demerson seorang pemain pertahanan yang ‘commanding’ dan sukar ditembusi.

Manakala Mateo mempunyai kawalan bola dengan baik dan mampu menjarapa juga situasi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut David, bagaimanapun beliau berharap kedua-dua pemain import itu mampu melepasi pemeriksaan kecergasan dalam masa terdekat ini sebelum disahkan dalam senarai muktamad pasukan Sarawak.

Difahamkan keduadua pemain import itu akan menjalani pemeriksaan kecergasan pada Isnin (hari ini).

Demerson, 30, banyak menghabiskan kariernya menyertai beberapa kelab bola sepak di Brazil dengan kelab terakhir ialah Kelab Bola Sepak Chapecoense.

Manakala Mateo, 29, pernah menyertai Sime Darby FC pada 2014 dan meledakkan sembilan jaringan untuk pasukan itu pada musim tersebut.

Namun, beliau menyarung jersi Tampines Rovers yang beraksi dalam Liga Singapura sejak 2015 sebelum memilih berhijrah ke Sarawak musim ini.

Mateo bakal bergandingan dengan penyerang kebangsaan Filipina, Mark Andrew Hartman.

Satu lagi slot pemain import diisi oleh Lee Jong Ho dari Korea Selatan yang bermain selaku perancang di bahagian tengah.

Sehubungan itu, pasukan Sarawak akan melancarkan jersi baharu dan memperkenal pemain-pemain bagi musim 2017 di Pusat Beli Belah City One di sini pada Sabtu ini, bermula jam 3 petang.

Majlis itu akan dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti, Kameri Affandi.