Jangan paksa Chong Wei, Nicol David terus beraksi, kata Khairy

0

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghormati keputusan dua jaguh sukan negara – Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David sekiranya mereka memutuskan untuk bersara dalam tempoh terdekat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata apa yang penting, dua sukan berkenaan iaitu badminton dan skuasy perlu mempunyai pengganti mereka untuk ter- u s mengharumkan nama negara.

“ S a y a s e n d i r i b e r b i n – cang dengan mereka be rkena a n masa depan mereka, dan saya sendiri memaklumkan bahawa segala institusi sukan yang ada di negara ini akan menyokong sehingga mereka rasa mereka hendak bersara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Anti- Doping anjuran Majlis Olimpik Malaysia yang dihadiri lebih 200 atlet, jurulatih dan pegawai sukan di Wisma OCM, di sini kelmarin.

Khairy berkata Nicol, 33, telah menyatakan kepadanya masih mahu beraksi sekurangkurangnya lima tahun akan datang dan Chong Wei, 34, turut menyatakan hasrat untuk beraksi sekurang-kurangnya satu tahun lagi.

“Keputusan (bersara) itu hak mereka, jadi kalau Chong Wei rasa Kejohanan Dunia di Glasgow pada (Ogos) tahun ini adalah kejohanan terakhir, kita harus menghormati keputusan b e l i a u , ” jelasnya.

Dalam isu lain, Khairy meminta tiga pemain sepak takraw negara yang terlepas hukuman Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) untuk memberi fokus membantu skuad negara menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos.

“Saya harap untuk akan datang, tidak ada kes yang berulang kerana ia menimbulkan masalah dan persepsi yang negatif terhadap sepak takraw,” katanya.

Istaf yang mengadakan mesyuarat di Bangkok pada Rabu lepas, memutuskan untuk menarik balik dakwaan pelanggaran disiplin terhadap tiga pemain negara ketika Kejohanan Piala Raja Thai di Thailand, Oktober tahun lepas.

Tiga pemain berkenaan – Ahmad Ai1zat Mohd Nor Azmi, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Aidil Aiman Azwawi, sebelum ini berdepan tindakan disiplin kerana tidak tampil pada perlawanan regu kedua dalam perlawanan akhir menentang Thailand serta meninggalkan kejohanan itu.  — Bernama