KRS anjur kejohanan ragbi Piala Peringatan Song Kheng Hai, Brother Columbia

0

KUCHING: Kesat – uan Ragbi Sarawak (KRS) menganjurkan kejohanan ragbi Piala Peringatan Song Kheng Hai dan Piala Peringatan Brother Columba tahun ini.

Presiden KRS, Richard Song berkata kejohanan tersebut adalah untuk mempe rka s a sukan ragbi di negeri ini.

“Kita perlu menganjurkan lebih banyak kejohanan terutamanya untuk pelajar-pelajar sekolah kerana mereka merupakan masa depan Sarawak,” katanya yang akan menaja kedua-dua kejohanan tersebut.

Kedua-dua kejohanan tersebut bakal diadakan di Padang Ragbi Song Kheng Hai di sini.

Richard berkata , pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri menganjurkan kejohanan tersebut kerana melibatkan pelajar-pelajar sekolah berumur tujuh tahun sehingga peringkat universiti.

“Kejohanan akan dibahagikan kepada kategori meng ikut usia,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menghasilkan lebih ramai jurulatih ragbi kalangan guru bagi memainkan peranan membangunkan sukan ragbi di sekolahsekolah.