Majlis Serah Tugas Residen Bahagian Sri Aman

0

// Oleh Kelvin Lambai //

TANDATANGAN: Jonathan (kiri) menandatangani Surat Serah Tugas dan Indit menandatangani             Surat Terima Tugas sebagai Residen Bahagian Sri Aman yang baharu.

TANDATANGAN: Jonathan (kiri) menandatangani Surat Serah Tugas dan Indit menandatangani Surat Terima Tugas sebagai Residen Bahagian Sri Aman yang baharu.

INDIT Bangai dari Jabatan Pertanian Sarawak telah dilantik sebagai Residen Bahagian Sri Aman yang baharu bagi menggantikan Residen Bahagian Sri Aman yang sebelum ini iaitu Jonathan Lugoh.

Majlis Serah Tugas Residen Bahagian Sri Aman oleh Jonathan kepada Indit telah berlangsung di Pejabat Residen berkenaan dekat Sri Aman, baru-baru ini.

Jonathan yang memegang jawatan sebagai Residen Bahagian Sri Aman sejak tahun 2011 akan memulakan tugasnya sebagai Residen Bahagian Serian selepas ini.

Beliau ketika ditemui selepas majlis serah tugas berkenaan berkata, beliau mengharapkan agar Residen Bahagian Sri Aman yang baharu ini nanti dapat meneruskan tugas-tugas beliau yang sebelum ini dalam membawa lebih banyak pembangunan ke Bahagian Sri Aman.

“Saya berharap tugas-tugas yang belum terlaksana sebelum ini dapat diteruskan oleh Residen yang baharu nanti dan saya menyeru kepada semua agensi kerajaan di Bahagian Sri Aman ini agar dapat memberikan kerjasama yang erat kepada Residen baharu ini nanti,” katanya.

Sementara itu, Indit yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak sebelum ini juga amat mengharapkan kerjasama erat semua agensi kerajaan di sini dalam usaha untuk membangunkan Sri Aman selepas ini.

Terdahulu, majlis serah tugas berkenaan turut disaksikan kira-kira 20 kakitangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dari Unit Sosial dan Pembangunan.