Mateo, Mark sandaran Sarawak

0

Oleh Harry Ilias//

BERSEMANGAT: Mark (kanan) bersama Lee pada sesi latihan di Padang D, Petra Jaya Kuching semalam.

BERSEMANGAT: Mark (kanan) bersama Lee pada sesi latihan di Padang D, Petra Jaya Kuching semalam.

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop berharap dua penyerang import baharu, Mateo Roskam dan Mark Andrew Hartman dapat menunjukkan gandingan mantap membantu Sarawak pada musim ini.

David mengakui tempoh kian suntuk untuk kedua-dua pemain import itu membentuk keserasian sebelum saingan bermula pada Sabtu ini.

Namun, beliau tetap percaya pengalaman kedua-dua pemain itu sebelum ini dapat membantu membentuk gandingan yang berkesan bersama Sarawak.

“Saya berharap masa yang tinggal ini dapat mereka gunakan sebaik-baiknya membentuk gandingan mantap untuk merangka dan mempertajam jentera serangan pasukan kita,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, setakat ini kedua-dua pemain import itu menunjukkan keserasian yang positif semasa sesi latihan dan perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan.

Sarawak memilih Mateo, 29, pemain kelahiran Croatia pada minggu lalu sebagai penyerang import utama.

Beliau pernah mewakili Sime Darby FC pada 2014 dan kelab Tampines Rovers yang beraksi dalam Liga Singapura pada 2015.

GIGIH: Mateo gigih menjalani latihan sebagai persiapan Sarawak menghadapi T-Team pada Sabtu ini.

GIGIH: Mateo gigih menjalani latihan sebagai persiapan Sarawak menghadapi
T-Team pada Sabtu ini.

Manakala Mark ternyata cukup berpengalaman bermain pada kejohanan peringkat tertinggi ketika mewakili skuad kebangsaan Filipina pada kejohanan antarabangsa.

Mengenai Demerson Bruno Costa, David optimis pemain import itu mampu bermain dengan baik sebagai pemain pertahanan bersama pemainpemain lain.

“Beliau seorang yang ‘commanding’ dan cukup berpengalaman ketika mewakili kelab di Brazil,” katanya.

Seorang lagi pemain import Sarawak, Lee Jong Ho dari Korea Selatan bermain di posisi tengah.