Mercu tanda ‘I Love KK’ daya tarikan baharu Kota Kinabalu

MERCU TANDA BAHARU: Yanna (kiri) dan Alex bergambar kenangan di mercu tanda I Love KK.

MERCU TANDA BAHARU: Yanna (kiri) dan Alex bergambar kenangan di mercu tanda I Love KK.

KOTA KINABALU: Mercu tanda adalah lokasi, bangunan mahupun objek yang menjadi tanda penting di sesebuah kawasan. Ia juga objek yang mudah dikenali sebagai panduan menentukan lokasi sesuatu tempat.

Di Sabah, dapat dilihat pembangunan mercu tanda setiap daerah kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Mercu tanda ini diletakkan terutamanya di bulatan jalan raya yang melambangkan identiti daerah masing-masing.

Bandar raya Kota Kinabalu mempunyai banyak mercu tanda yang menjadi tarikan pelancong seperti Padang Merdeka, Tugu Peringatan Perang North Borneo, Gaya Street, Bangunan Pelancongan Sabah yang dikenali sebagai pejabat Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Australia Place, Pusat Komuniti Kota Kinabalu, Muzium Kopitiam dan Menara Jam Atkinson.

Bukan saja bangunan bersejarah dijadikan sebagai mercu tanda, kini bandar raya Kota Kinabalu juga banyak membina mercu tanda sebagai tarikan pelancong seperti ‘I Love KK’ di Waterfront, berdekatan Bulatan Todak.

Sebagai satu mercu tanda yang baharu di Kota Kinabalu, Utusan Borneo telah menemu bual tiga pelancong asing yang mengambil kesempatan bergambar di mercu tanda berkenaan.

Alex Gary, 29, berkata, Sabah adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana mempunyai pelbagai tarikan pelancong.

“Sebelum ini, kami sudah pergi ke beberapa tempat menarik di sini seperti pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau.

“Beberapa hari lepas, kami menghabiskan masa mengunjungi Padang Merdeka dan Pasar Minggu Jalan Gaya.

“Kali ini, kami berjalan-jalan sekitar bandar raya Kota Kinabalu untuk mengambil gambar di beberapa mercu tanda seperti I Love KK yang terdapat di sini dan di Suria Sabah,” katanya.

Katanya, mercu tanda yang didirikan itu sangat menarik kerana ia berada di merata bandar raya Kota Kinabalu.

Rakannya, Yanna Ktena, 29, berkata mereka juga telah bergambar kenangan di Tugu Peringatan Perang North Borneo, Bangunan Pelancongan Sabah dan Menara Jam Atkinson.

Menurutnya kewujudan mercu tanda itu dapat menarik pelancong untuk datang ke Kota Kinabalu.

“Ini kerana, kami datang ke sini bukan sahaja untuk bercuti tetapi merakamkan kenangan yang ada di Kota Kinabalu.

“Mercu tanda I Love KK ini juga salah satu cara baharu dan mudah bagi kita merakamkan gambar bahawa kita berada di Sabah.

“Selalunya, kami membeli baju atau cenderahati yang tertulis I Love KK seumpamanya jika kita berada di sesebuah tempat, namun sekarang ia lebih besar dan cantik jika merakamkan gambar kenangan seperti ini,” jelasnya.

Alex dan Yanna yang berasal dari Greece berkata, mereka sudah melawat banyak tempat di Sabah sepanjang dua minggu berada di sini.

Sementara itu, Xana Kreft Rodrigues, 23, berkata mercu tanda I Love KK adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam percutiannya.

“Setelah dua hari berada di sini, saya menghabiskan masa saya untuk mengunjungi tempat-tempat menarik sekitar Kota Kinabalu sebelum pergi lebih jauh.

“Mercu tanda I Love KK ini agak menarik kerana gambar yang saya rakamkan nanti boleh dijadikan sebagai poskad kepada rakan-rakan.

“Ini adalah salah satu cara untuk memberitahu rakan-rakan yang saya berada di sini,” katanya.

Beliau yang berasal dari Belanda yang juga seorang penulis bebas berasa sangat gembira apabila berada di Sabah kerana dapat berkongsi keindahan yang ada kepada sahabatnya.

“Saya berharap semakin banyak mercu tanda yang boleh dijadikan tempat tumpuan dan melambangkan sesuatu tempat itu,” katanya.

Menurutnya, mercu tanda itu bukan sahaja untuk tarikan pelancong asing tetapi juga masyarakat setempat untuk merakamkan gambar kenangan.

What do you think of this story?
  • Interesting (75%)
  • Great (25%)
  • Angry (0%)
  • Nothing (0%)
  • Sad (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of