Kota Marudu dan Beluran dinaiki air

PARAS BAHAYA: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan penduduk di Kampung Merion semalam. — Gambar Bernama

PARAS BAHAYA: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan penduduk di Kampung Merion semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Tiga kampung di Kota Marudu, kira-kira 131 kilometer dari sini, dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak tengah malam kelmarin, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin.

Muliadi yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata kampung terlibat ialah Kampung Longob, Kampung Beliajung dan Kampung Bengkongan.

Beliau berkata tiga kampung berkenaan terjejas berikutan bacaan paras air di dua sungai berhampiran iaitu Sungai Bongon dan Sungai Bandau masing-masing berada pada paras bahaya dan paras amaran.

“Sungai Bongon berada pada paras 8.3 meter (m); melebihi tahap paras bahaya 7.9m, manakala Sungai Bandau menunjukkan bacaan 6m iaitu pada paras amaran. Trend air menaik adalah disebabkan hujan lebat dan renyai sejak jam 11.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Satu pusat pemindahan dibuka di Dewan Mini Kampung Longob, namun setakat jam 8 pagi semalam, belum ada mangsa yang dipindahkan.

Katanya, lima laluan utama di kawasan terbabit tidak dapat dilalui kenderaan ringan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat serta pacuan empat roda sahaja.

Sementara itu di Beluran, sebuah kampung iaitu Kampung Jaya Bakti turut dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak jam 10 malam kelmarin, katanya. — Bernama

What do you think of this story?
  • Sad (100%)
  • Angry (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of