ESSCom tunggu perkembangan lanjut

SANDAKAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah berhubung dengan pihak keselamatan Filipina mengenai sebuah kapal nelayan yang berdaftar di sini yang ditemukan tanpa kru di perairan negara itu kelmarin.

Dalam satu kenyataan semalam, Komander ESSCom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya sedang menunggu perkembangan selanjutnya daripada pasukan keselamatan Filipina.

Katanya, ESSCom menerima laporan daripada pihak keselamatan Filipina berhubung penemuan kapal nelayan itu di antara Pulau Baguan dan Pulau Taganak pada jam 3.15 petang.

Ketika ditemui, enjin kapal pukat udang itu masih hidup dan tanpa kru di dalamnya sebelum pihak keselamatan Filipina menunda bot tersebut ke Pulau Taganak di perairan Filipina, katanya.

Beliau juga berkata pemilik bot telah membuat laporan polis mengenai kehilangan kapal dan tiga kru warga Indonesia pada jam 6.03 petang kelmarindi Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. — Bernama

What do you think of this story?
  • Interesting (100%)
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of