Mayat wanita ditemui terapung berhampiran Pulau Nunuyan laut

TERAPUNG: Mayat wanita ditemukan terapung berhampiran Pulau Nunuyan Laut.

TERAPUNG: Mayat wanita ditemukan terapung berhampiran Pulau Nunuyan Laut.

SANDAKAN: Mayat seorang wanita ditemui terapung oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran Pulau Nunuyan Laut, pagi kelmarin.

Bot Kilat 8 Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Ops Pluto Timur telah didatangi oleh sebuah bot nelayan tempatan untuk memaklumkan telah melihat objek terapung disyaki mayat, namun tidak berani mendekatinya dan meminta bantuan daripada anggota Maritim Malaysia.

Bot Kilat 8 Maritim Malaysia yang turut dibantu tiga lagi bot nelayan tempatan lain pergi meninjau di sekitar kawasan yang dimaklumkan sebelum menemui mayat seorang wanita kira-kira 2 batu nautika timur laut Pulau Nunuyan Laut pada jam 10.15 pagi.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 17 (DM 17) Sandakan Kapten Maritim A Razak Abd Rahman berkata, mengikut fizikal mayat, dipercayai berumur dalam lingkungan 20-an dan telah berada di laut melebihi dua hari.

“Mayat wanita itu kemudiannya dibawa balik ke Jeti Maritim Malaysia Sandakan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mayat wanita itu kemudiannya dihantar oleh pihak polis ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat

Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan sekiranya ada kemalangan atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam di talian 089-229504 atau MERS 999.

What do you think of this story?
  • Sad (100%)
  • Angry (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of