Guna geran MRP untuk kepentingan rakyat: Lee

0

MIRI: Tujuh persatuan dan jawatankuasa menerima geran projek kecil luar bandar  (MRP) berjumlah RM32,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin.

Lee juga Menteri Muda Pelancongan menggesa penerima memanfaatkan sepenuhnya geran kerajaan dengan menganjur aktiviti untuk kepentingan ahli dan masyarakat.

‘Kita berharap geran ini, tidak kisah berapa diterima akan membantu meningkat kualiti hidup masyarakat,” jelasnya semalam.

Lee juga Menteri Muda Pengangkutan Darat, Udara dan Keselamatan berkata, pengagihan geran antara cara kerajaan membantu rakyat.

Penerima geran ialah Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK Riam, SK Kuala Baram, SJK Chung Hua Bakam, PIBG SK Tukau, Persatuan Sofbol Sarawak, Jawatankuasa Kerja Majlis Tadarus Al-Quran Jabatan Pendidikan dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Hiltop.

Program diteruskan dengan sesi bertemu rakyat yang melibatkan beberapa persatuan.

Antaranya, Persatuan Lee Clan Miri, Pasukan Junior Chamber International (JCI) Sarawak, Persatuan Teksi Miri, Persatuan Teo Chew Miri dan Persatuan Sahabat dan Perpaduan Miri.

Hadir sama ialah Ketua Publisiti Pemuda SUPP Senadin, Eric Chin.