Cari jalan selesaikan masalah rakyat: Salleh

TENOM: Pemimpin perlu mencari jalan untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, pemimpin perlu turun padang dan sentiasa di hadapan bagi  menyelami masalah rakyat.

“Rakyat suka bermanja dengan pemimpin kerana pemimpin adalah tempat bergantung harap dan tempat mengadu masalah mereka.

“Rakyat juga tidak suka pemimpin yang kedekut dan sombong.

“Kita perlu rapat dengan rakyat sekiranya mahu terus mendapat mandat daripada mereka,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam UMNO Bahagian Tenom, petang kelmarin.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah turut menggesa rakyat berbilang kaum agar terus bersatu dan mengekalkan perpaduan sedia ada.

“Kalau kita bersatu, kita akan dapat bekerjasama untuk merancakkan pembangunan di negeri Sabah.

“Kita akui masih banyak perkara yang belum diselesaikan, tetapi dengan kerjasama erat yang terjalin diantara Kerajaan Negeri dan Pusat ianya mampu memenuhi aku janji kita kepada rakyat.

“Apa yang penting kita perlu satukan pemikiran untuk menyelesaikan apa jua masalah dengan lebih berkesan dan memastikan negeri ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” tambahnya.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang,Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun, Ahli Dewan Negara Datuk Dr Lucas Umbul, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimi Unggi, ADUN Melalap Datuk Radin Malleh, ADUN Kemabong, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom Jamawi Jaafar dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.

 

What do you think of this story?
  • Interesting (100%)
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of