Abdullah: BNBBC, Setiausaha Politik akan turut tandatangan IBR

KUCHING: Kelab Penyo-kong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak dan Setiausaha-setiausaha Politik Ketua Menteri akan mengikut jejak langkah kabinet negeri yang semalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi BNBBC Sarawak yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, 48 wakil rakyat BN dan 28 Setiausaha Politik Ketua Menteri secara sukarela akan menandatangani ikrar itu.

“Saya mewakili semua 48 wakil rakyat BNBBC Sarawak serta semua 28 Setiausaha Politik akan menyahut serta menyokong inisiatif ini dengan mencadang kepada YAB Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg) secara sukarela untuk turut menandatangani ikrar ini.

“Masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian,” katanya ketika diminta mengulas mengenai langkah Abang Johari mengetuai kabinetnya menandatangani IBR di sini, semalam.

Abdullah yang mengucapkan tahniah dan syabas atas tindakan terbaharu itu berkata, warga Sarawak harus berbangga dengan langkah pertama yang berani serta ikhlas oleh Ketua Menteri baharu ini.

“Allahyarham Tok Nan (bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) memulakan langkah pertama dulu dengan membawa semua ahli kabinet menandatangani Ikrar Integriti.

“Seterusnya disokong oleh semua wakil rakyat BNBBC Sarawak termasuk semua Setiausaha Politik yang secara sukarela menandatangani Ikrar Integriti dua tahun lepas,” katanya.

Menurutnya, kesanggupan serta tindakan segera Abang Johari mengarah semua ahli kabinet beliau menandatangani IBR dianggap signifikan.

“Signifikan kerana ia membuktikan kesungguhannya dalam memastikan beliau mengetuai satu pasukan kabinet berintergriti serta bersih daripada unsur-unsur yang boleh menggugat kepercayaan rakyat dalam usaha kerajaan mentadbir negeri ini dengan cekap dan membawa pembangunan sewajarnya,” katanya.

What do you think of this story?
  • Great (100%)
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of