Kerajaan negeri lakar satu lagi sejarah

Abg Jo ketuai kabinet tandatangani, lafaz IBR jamin ketelusan, kejujuran

PERANGI RASUAH: Abang Johari (tengah) mengetuai kabinet negeri melafaz ikrar integriti sambil disaksikan oleh Low (empat kiri) dan Dzulkifli (empat kanan).

PERANGI RASUAH: Abang Johari (tengah) mengetuai kabinet negeri melafaz ikrar integriti sambil disaksikan oleh Low (empat kiri) dan Dzulkifli (empat kanan).

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengetuai kabinet negeri menandatangani dan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai menjamin ketelusan dan kejujuran anggota-anggota dalam mentadbir jentera kerajaan untuk rakyat.

Majlis yang diadakan Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya di sini semalam disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kwan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dzulkifli dalam catatan Facebook semalam merakamkan tahniah dan syabas kepada Abang Johari serta barisan menteri dan menteri muda apabila menjadi kerajaan negeri pertama menandatangani IBR.

Menurutnya, kerajaan negeri telah melakar sejarah apabila menjadi yang pertama menandatangani IBR yang diperkenalkan oleh SPRM.

“Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri Sarawak dalam memastikan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa,” ujarnya.

Dzulkifli berkata, IBR merupakan satu lagi usaha baharu yang diperkenalkan oleh SPRM.

Menurutnya, ia menekankan ikrar serta janji dalam kapasiti sebagai individu oleh mereka yang terlibat bagi menjunjung tanggungjawab menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

“Inisiatif ini dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM dan kerajaan negeri Sarawak dalam usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya lagi.

Sebaik selesai acara tersebut, Abang Johari mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri beliau yang pertama sejak dilantik sebagai Ketua Menteri pada 13 Januari lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, barisan menteri dan menteri muda serta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

What do you think of this story?
  • Great (77%)
  • Interesting (13%)
  • Nothing (6%)
  • Angry (3%)
  • Sad (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of