‘Lubuk’ mercun diserbu

GELEDAH: Keadaan rumah terbabit dijadikan tempat menyorok mercun.

GELEDAH: Keadaan rumah terbabit dijadikan tempat menyorok mercun.

SIBU: Polis Sibu merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang tidak dapat dipastikan nilainya di sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Salim 1, dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Siful Bahri Abdullah berkata, tiada tangkapan dilakukan dalam serbuan ke atas rumah kayu terbabit pada jam 10.30 pagi.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya menemui sejumlah mercun dan bunga api disorok dalam beberapa kotak di rumah berkenaan.

“Kita percaya rumah tidak berpenghuni itu telah dijadikan tempat menyorok mercun yang dijual kepada pelanggan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan polis mendapati tiada individu berada di rumah kayu ketika serbuan dilakukan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita juga masih mengesan individu bertanggungjawab memiliki  bekalan mercun tersebut,” katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

What do you think of this story?
  • Angry (38%)
  • Great (21%)
  • Nothing (21%)
  • Interesting (17%)
  • Sad (3%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of