SK02_080211_KEBAKARAN

0

KUCHING, 8 Feb — Bekas Juara Bina Badan Negara, Bujang Taha, 74, (kanan) menunjukkan sijil-sijil dan gambar kenangan yang sempat diselamatkan selepas kediamannya hangus terbakar di Kampung Tanjung dekat Petra Jaya di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 2.05 petang tadi itu memusnahkan dua buah rumah termasuk rumah jirannya Hood Mahmud.
Beliau yang pernah menjuarai Mr Aisa kategori ‘middleweight’ dalam era 70-an itu tinggal sehelai sepinggang bersama isteri dan tiga orang cucu.
Seramai 25 anggota bomba dan tiga buah jentera dari Petra Jaya dan Kuching menerima panggilan 2.45 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 8 minit.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
–fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA