SB03_210211_ PELAJAR CEMERLANG

0

KOTA KINABALU, 21 Feb — Pelajar terbaik Sabah bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu iaitu Teh Yee Heng (kiri) dari sekolah Al Saint berkongsi kegembiraan dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Likas pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu oleh Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yusin di sekolah itu hari ini.
Teh mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu pengajian Am, Matematik, Fizik dan Kimia.
Seorang lagi pelajar cemerlang iaitu Fazha Jazah (kanan) dari SMK Majakir Papar turut mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Ekonomi.
–fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA