Polis mampu tangani kemungkinan gengster ganggu p’raya

0

KUCHING: Polis berkeyakinan mampu menangani kemungkinan gengster diupah untuk mengganggu keharmonian ketika pilihan raya.

Bercakap ketika sidang media sempena Hari Polis Ke-204 semalam, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon berkata isu tersebut tidak harus dirisaukan.

“Setakat ini tiada insiden berkaitan gengster upahan daripada parti untuk merosakkan keharmonian pilihan raya, tetapi kami tetap berwaspada.

“Kami percaya ia tidak akan berlaku dan kami masih lagi berupaya untuk menangani situasi sebegini,” katanya.

Beliau melabelkan isu ini sebagai gembar-gembur sesetengah pihak untuk menghangatkan lagi cerita dan mereka-reka situasi ketika pilihan raya.

“Saya menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan sesuatu perkara sehingga semua orang takut untuk mengundi, kami pihak polis menjamin keselamatan rakyat terutamanya pada hari mereka memilih pemimpin mereka,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan spekulasi sebegitu kerana ia merupakan permainan politik ketika pilihan raya menjelang.

“Sekiranya anda diugut atau anda menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku, laporkan segera kepada pihak polis agar tindakan pencegahan dapat diambil segera,” katanya.

Sementara itu Law mengumumkan bahawa permohonan mendapatkan anggota (polis) tambahan (polis) untuk menghadapi pilihan raya sudah diluluskan.

“Kami melihat daripada beberapa segi terutama dalam memastikan pilihan raya kali ini selamat dan harmoni dan dari situlah kami membuat persiapan rapi termasuk tambahan anggota,” katanya sambil memberitahu bahawa kebanyakan anggota tambahan ini datang dari negeri jiran Sabah.

Ditanya tentang kos yang akan dibelanjakan untuk pilihan raya kali ini, beliau menyatakan bahawa ia memang sudah dikira dalam bajet pihak polis.KUCHING: Polis berkeyakinan mampu menangani kemungkinan gengster diupah untuk mengganggu keharmonian ketika pilihan raya.

Bercakap ketika sidang media sempena Hari Polis Ke-204 semalam, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon berkata isu tersebut tidak harus dirisaukan.

“Setakat ini tiada insiden berkaitan gengster upahan daripada parti untuk merosakkan keharmonian pilihan raya, tetapi kami tetap berwaspada.

“Kami percaya ia tidak akan berlaku dan kami masih lagi berupaya untuk menangani situasi sebegini,” katanya.

Beliau melabelkan isu ini sebagai gembar-gembur sesetengah pihak untuk menghangatkan lagi cerita dan mereka-reka situasi ketika pilihan raya.

“Saya menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan sesuatu perkara sehingga semua orang takut untuk mengundi, kami pihak polis menjamin keselamatan rakyat terutamanya pada hari mereka memilih pemimpin mereka,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan spekulasi sebegitu kerana ia merupakan permainan politik ketika pilihan raya menjelang.

“Sekiranya anda diugut atau anda menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku, laporkan segera kepada pihak polis agar tindakan pencegahan dapat diambil segera,” katanya.

Sementara itu Law mengumumkan bahawa permohonan mendapatkan anggota (polis) tambahan (polis) untuk menghadapi pilihan raya sudah diluluskan.

“Kami melihat daripada beberapa segi terutama dalam memastikan pilihan raya kali ini selamat dan harmoni dan dari situlah kami membuat persiapan rapi termasuk tambahan anggota,” katanya.