Taib umum senarai nama calon BN jam 3 petang ini

0

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan nama-nama calon BN bagi Pilihan Raya Dewan Unda-ngan Negeri Sarawak Ke-10 hari ini.

Taib yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, peng-umuman itu akan dilakukan di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako pada jam 3 petang.

“Saya akan memperke-nalkan semua calon (BN),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat Peringkat Ku-ching Utara di pekarangan Sukma Ria di sini, semalam.

Kelmarin (Jumaat), Taib mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, dipercayai untuk menyerahkan senarai nama calon BN bagi pilihan raya negeri.

Pilihan raya akan diadakan pada 16 April ini dengan penamaan calon pada 6 April melibatkan 71 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Agihan kerusi di kalangan parti komponen BN yang merangkumi PBB, SUPP, SPDP dan PRS, dijangka kekal seperti Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-9 pada 2006.

Ini bermakna PBB bakal bertanding di 35 kerusi, diikuti SUPP 19, PRS sembilan dan SPDP lapan.

PBB, dijangka sekurang-kurangnya menurunkan muka baru di 10 kawasan ia-itu Demak Laut bagi menggantikan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Saribas (Dr Wahbi Junaidi), Sadong Jaya (Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi), Lingga (Simoi Peri), Beting Maro (Datuk Bolhassan Di), Nangka (Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah), Telang Usan (Lihan Jok), Kedup (Frederick Bayoi Manggie), Belawai (Datuk Hamden Ahmad) dan Lambir (Datuk Aidan Wing).

PRS pula dijangka menampilkan dua muka baru di Ngemah dan Pelagus. Ngemah kini disandang Gabriel Adit Demong daripada Parti Cinta Malaysia (PCM).

SPDP yang dipimpin Dato Sri William Mawan Ikom hampir pasti menurunkan semua penyandang.

SUPP yang diketuai Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dijangka mengekalkan semua penyandang dan mengisikan muka baru kira-kira 30 peratus bagi bertan-ding di kerusi disandang DAP dan PKR.

Antara tumpuan utama pada hari pengumuman calon ialah siapa yang bakal diturunkan BN di kerusi Pelagus — kini disandang Larry Sng.

Isu itu timbul apabila      Larry, selepas dipecat daripada PRS susulan krisis kepimpinan, masih berhasrat bertanding di kerusi tersebut.

Presiden PRS Dato Sri Dr James Masing bagaimanapun bersedia mengemukakan calon baru bagi menggantikan Larry.