Ketua Pemuda PBB Kidurong, 13 yang lain letak jawatan

0

KUCHING: Ketua Pe-muda PBB Kidurong Jeffri John mengetuai 13 ahli lain meletak jawatan ma-sing-masing pada Isnin lepas, sehari selepas pilihan raya negeri ke-10.

Menurut sumber, peletakan jawatan itu ber-ikutan hilang keperca-yaan terhadap pucuk pimpinan Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof yang juga Timbalan Men-teri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sumber itu mendakwa Jeffri mengemukakan surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PBB dan Fadillah sendiri.

Dipercayai beberapa ahli parti di peringkat ranting PBB telah ber-buat demikian bagi membuktikan sokongan ter-hadap Jeffri.

Jeffri tidak dapat dihubungi bagi mendapat-kan pengesahan.