PR umum barisan ‘kabinet bayangan’ untuk pantau prestasi Kabinet S’wak

1

KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) kelmarin mengumumkan barisan ‘kabinet bayangan’ bagi memantau prestasi menteri-menteri dan menteri muda di Sarawak, berkuat kuasa serta-merta.

PR juga melantik Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng sebagai Ketua Pembangkang Negeri.

Wong yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek turut bertanggungjawab memantau prestasi kerajaan negeri itu melalui portfolio tambahan beliau iaitu, Sumber Asli dan Pentadbiran.

Antara portfolio ‘tambahan’ baru PR itu ialah Pembangunan Tanah dan Hal Ehwal Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), Hal Ehwal Keagamaan, Hal Ehwal Wanita, Keharmornian Kebangsaan dan Hal Ehwal Pengguna.

Kesemua wakil rakyat PR masing-masing diberi portfolio dan pengecualian diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid yang akan menjaga Hal Ehwal Islam, di bawah portfolio Hal Ehwal Keagamaan.

Barisan ‘kabinet bayangan’ adalah seperti berikut: Ketua Pembangkang Negeri – Wong Ho Leng (ADUN Bukit Assek-DAP) Sumber Asli dan Pentadbiran – Wong Ho Leng (Bukit Assek-DAP) Pembangunan Tanah dan Hal Ehwal NCR – Baru Bian (Ba’ Kelalan-PKR) Kewangan – Chong Chien Jen – (Kota Sentosa-DAP) Kerajaan Tempatan – Ling Sie Kiong (Piasau-DAP) Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar – See Chee How (Batu Lintang -PKR) Pembangunan Luar Bandar – Chiew Chiu Sing (Kidurong-DAP) Pembangunan Perindustrian – Yap Hoi Liong (Dudong-DAP) Kesihatan Awam – Dr Wong Hua Seh (Repok-DAP) Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Wanita – Violet Yong (Pending-DAP) Kemudahan Awam – Wong King Wei (Padungan-DAP) Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi – Chiew Wang See (Batu Kawah-DAP) Pertanian – Ting Tze Fui (Meradong-DAP) Perumahan dan Pembangunan Bandar – Fong Pau Teck (Pujut-DAP) Hal Ehwal Pengguna – David Wong Kee Woan (Pelawan-DAP) Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara – Ali Biju (Krian- PKR) dan Adam Ahid (PAS).

Wong berkata, mereka akan mengemukakan cadangan konstruktif alternatif sekiranya BN memperkenalkan beberapa polisi baru.

“Kita akan bergiat aktif dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada PR akan mengeluarkan Bajet Alternatif 2011, Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, tidak ada keperluan untuk membentangkan bajet alternatif lain memandangkan bajet alternatif yang dicadangkan parti adalah berdasarkan polisi dan bukan jumlah sebenar peruntukan.

“Bajet BN berdasarkan dolar dan sen kerana mereka mempunyai angka sebaliknya kita tidak dan oleh kerana itu, ia lebih kepada polisi dan peratusan peruntukan keseluruhan untuk semua kementerian.

“Kita membentang bajet alternatif berdasarkan polisi dan ia masih boleh digunakan walaupun selepas tiga hingga lima tahun,” katanya lagi.KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) kelmarin mengumumkan barisan ‘kabinet bayangan’ bagi memantau prestasi menteri-menteri dan menteri muda di Sarawak, berkuat kuasa serta-merta.

PR juga melantik Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng sebagai Ketua Pembangkang Negeri.

Wong yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek turut bertanggungjawab memantau prestasi kerajaan negeri itu melalui portfolio tambahan beliau iaitu, Sumber Asli dan Pentadbiran.

Barisan ‘kabinet bayangan’ PR adalah seperti berikut:

Ketua Pembangkang Negeri – Wong Ho Leng (ADUN Bukit Assek-DAP);

Sumber Asli dan Pentadbiran – Wong Ho Leng (Bukit Assek-DAP);

Pembangunan Tanah dan Hal Ehwal NCR – Baru Bian (Ba’ Kelalan-PKR);

Kewangan – Chong Chien Jen – (Kota Sentosa-DAP);

Kerajaan Tempatan – Ling Sie Kiong (Piasau-DAP);

Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar – See Chee How (Batu Lintang -PKR);

Pembangunan Luar Bandar – Chiew Chiu Sing (Kidurong-DAP);

Pembangunan Perindustrian – Yap Hoi Liong (Dudong-DAP);

Kesihatan Awam – Dr Wong Hua Seh (Repok-DAP);

Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Wanita – Violet Yong (Pending-DAP);

Kemudahan Awam – Wong King Wei (Padungan-DAP);

Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi – Chiew Wang See (Batu Kawah-DAP);

Pertanian – Ting Tze Fui (Meradong-DAP);

Perumahan dan Pembangunan Bandar – Fong Pau Teck (Pujut-DAP);

Hal Ehwal Pengguna – David Wong Kee Woan (Pelawan-DAP);

Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara – Ali Biju (Krian- PKR) dan Adam Ahid (PAS).

Wong berkata, mereka akan mengemukakan cadangan konstruktif alternatif sekiranya BN memperkenalkan beberapa polisi baru.

“Kita akan bergiat aktif dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Mengenai sama ada PR akan mengeluarkan Bajet Alternatif 2011, Chong berkata, tidak ada keperluan untuk membentangkan bajet alternatif lain.