Rebutlah peluang ekonomi di SCORE



MUKAH: Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam menyeru kepada semua rakyat di negeri ini supaya merebut peluang ekonomi yang luas dalam Koridor Tenaga Diperbaharui  Sarawak (SCORE).

RASMI SUDAH: Taib menandatangani plak perasmian MCBB di Mukah, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Abu Seman, Fatimah, Hii, Yeo, Leo serta yang lain.

RASMI SUDAH: Taib menandatangani plak perasmian MCBB di Mukah, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Abu Seman, Fatimah, Hii, Yeo, Leo serta yang lain.

“SCORE berpotensi menarik lebih pelaburan melebihi RM300 bilion dan membuka peluang ekonomi yang luas di negeri ini. Sebagai rakyat di negeri ini, kita harus bersedia untuk merebut peluang-peluang itu bagi memperoleh hasil yang lumayan, sekali gus mampu menaikkan taraf hidup semua masyarakat di negeri ini,” kata beliau se-masa berucap menyempurna-kan bangunan Lembaga Kebajikan Khairat Cina Mukah (MCBB) di sini, semalam.

Katanya, ahli-ahli perniagaan juga mesti sedia dengan modal perlaburan mereka dan pencari pekerjaan harus bijak merebut peluang untuk memperoleh pendapatan bulanan yang lumayan dalam SCORE.

Beliau berpendapat untuk memperoleh kejayaan, ahli-ahli peniagaan dan pencari kerja harus melengkapkan diri dengan pendidikan, pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi segala cabaran di SCORE kerana dalam SCORE ia memerlukan tenaga kerja yang berprofesional.

Penduduk Mukah, katanya, harus memanfaatkan peluang dalam SCORE kelak kerana kawasan SCORE adalah dari Tanjung Manis di Mukah hingga ke bahagian Similajau di Bintulu dan ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Mukah yang dekat     dengan kawasan SCORE.

Menyentuh mengenai pembangunan jalan raya dan infrastruktur lain, Taib menjelaskan bahawa ia dibina  untuk kemudahan rakyat sejajar dengan perkembangan masyarakat.

Oleh itu, beliau menasihatkan rakyat agar bersabar dalam menghadapi kerumitan kesan daripada pembangunan yang berlaku di kawasan mereka jika ingin terus menikmati manfaat pada masa depan.

Pada majlis yang sama Taib yang juga ADUN Balingian turut menyerahkan geran berjumlah RM50,000 kepada MCCB.

Beliau menyerahkan replika cek untuk geran tersebut kepada Pengerusi MCBB Yeo Tiong Ing dan menyeru kaum Cina di Mukah agar bekerja keras serta sentiasa bersatu dan bekerjasama.

Yeo dalam ucapannya berkata MCCB telah didaftar pada tahun 1950 sebagai Lembaga Kebajikan Khairat Cina Mukah bagi menjaga kebajikan dan sosial masyarakat Cina di Bahagian Mukah.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN Dalat, Datin Fatimah Abdullah, Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap ADUN Jemoreng, Abu Seman Jahwie, Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani, Residen Bahagian Mukah, Saudi Narani, Penasihat MCBB, Hii King Chiong serta para tetamu kehormat yang lain.

Related Posts

  • No Related Posts