Anjakan pelancongan Sarawak kian pesat: Taib

0

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bangga dengan anjakan industri pelancongan Sarawak yang semakin pesat dengan pertumbuhan hotel-hotel bertaraf lima bintang (antarabangsa) di negeri ini pada masa ini.

TAHNIAH: Taib berjabat tangan dengan Hii selepas menandatangani plak perasmian Hotel Pullman di Kuching, semalam sambil disaksikan oleh (dari kiri) Jabu dan Dr Chan.

TAHNIAH: Taib berjabat tangan dengan Hii selepas menandatangani plak perasmian Hotel Pullman di Kuching, semalam sambil disaksikan oleh (dari kiri) Jabu dan Dr Chan.

Taib optimis pertumbuhan industri pelancongan negeri ini akan terus berada di kemuncak dengan terbinanya hotel-hotel mewah yang mampu menarik lebih ramai pelancong.

Beliau berkata terbinanya Pusat Konvensyen Antarabangsa Borneo di sini juga sebagai mercu tanda bagi menarik ramai pelancong, sekali gus memberi peluang besar dalam industri perhotelan untuk menyediakan pakej istimewa kepada ‘tetamu’ kita.

“Saya amat gembira apabila melihat kemajuan pesat yang kita capai dalam industri pelancongan dengan terbina-nya hotel-hotel bertaraf anta-rabangsa di negeri ini,” kata-nya ketika berucap merasmikan Hotel Pullman Kuching di sini, semalam.

Menurut Taib, pembinaan hotel Pullman di tengah-tengah bandar raya ini bukan sahaja menyediakan tempat penginapan untuk para pelancong tetapi merupakan mercu tanda baru kepesatan pembangunan Bandaraya Kuching.

Kagum dengan kejayaan pembinaan hotel terbabit, beliau percaya pembangunan bandar raya ini akan terus berkembang, sekali gus meningkatkan industri pelancongan negeri.

“Saya percaya ramai pelabur asing akan terus     menjalinkan hubungan kerjasama dengan negeri ini untuk meningkatkan industri pelancongan kita,” tambah beliau.

Hadir sama dua Timbalan Ketua Menteri, iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Pembangunan Tanah Dato Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip dan Pengarah Eksekutif Interhill Group Companies, Datuk Hii Chang Pee.

Menurut Taib, kerajaan negeri sememangnya memerlukan kerjasama pihak agensi-agensi perhotelan dan pelancongan bagi meningkatkan industri pelancongan yang merupakan cabang utama pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Justeru, semua pihak ter-babit dalam industri itu perlu menjalinkan kerjasama kukuh dalam menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik kepada pelancong.

“Selain menyediakan pakej-pakej pelancongan, saya juga berharap para pengusaha industri ini dapat menyediakan produk-produk pelancongan yang terbaik untuk para pelancong,” katanya.

Yakin dengan perkemba-ngan industri pelancongan, Taib berharap masyarakat negeri ini akan terus memberi sumbangan yang terbaik ke arah pembangunan industri itu.

“Saya percaya kita mampu menarik ramai pelancong dari masa ke semasa dengan ada-nya kerjasama semua pihak dalam memajukan industri ini,” katanya.