Sekolah diancam tanah runtuh
by Rosemaria Buma
April 15, 2010, Thursday
Guru, murid berdepan bahaya setelah bangunan SK Long Luping disahkan tidak selamat
LONG LUPING: Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Long Luping kini berdepan bahaya setelah tiga blok bangunan sekolah itu disahkan tidak selamat digunakan kerana terdedah kepada bahaya runtuhan tanah.

BAHAYA: Murid-murid berbaris menyambut ketibaan Ahmad Zahid ketika melawat SK Long Luping pada Selasa lepas.
Menurut Guru Besar SK Long Luping Anthony Galawat Beraok, perkara itu di-sahkan oleh pihak jurutera dari Kuala Lumpur yang me-lawat bangunan sekolah ter-sebut dua tahun lepas.
Bagaimanapun katanya sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa terbabit berhubung masalah tersebut.
“Meskipun takut dan khua-tir akan keselamatan seluruh warga sekolah, namun kami tidak mempunyai pilihan selain terus menggunakan tiga blok berkenaan walaupun telah disahkan tidak lagi selamat untuk digunakan,” katanya.
Anthony memberitahu de-mikian ketika berucap dalam majlis makan tengah hari sebagai mengalu-alukan ke- hadiran Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan lawatan kerja ke kawasan Ba’Kelalan di sini Selasa lalu.
Justeru beliau merayu pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera untuk menangani masalah itu bagi meng-elak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pun begitu menurut Anthony, keadaan itu tidak pernah mematahkan semangat para guru untuk terus menabur bakti mendidik murid-murid yang dihantar belajar di SK Long Luping.
“Menyedari pendidikan merupakan kunci kejayaan anak-anak pada masa depan, para guru terpaksa mengetepikan aspek keselamatan demi tanggungjawab sebagai pendidik yang harus digalas,” katanya.
Buktinya menurut beliau, pada tahun lepas mereka berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Sekolah selain pencapaian dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya melepasi sa-saran peratus kelulusan.
Menyentuh tentang sejarah sekolah, Anthony memberitahu sekolah tersebut mula ditubuhkan pada 1958 serta merupakan sebuah sekolah mubaligh.
Manakala bangunan sekolah sedia ada yang dibina menggunakan kos bernilai RM5 juta telah mula dibuka pada 2 Oktober 2005.
Buat masa sekarang, sekolah terbabit mempunyai seramai 80 murid yang belajar dalam kelas prasekolah hingga Tahun Enam dengan sembilan guru, lapan kakitangan soko-ngan, tiga penolong kanan dan seorang guru besar.
Dalam pada itu, sekumpulan wartawan dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang menyertai rombongan lawatan menteri terbabit mendapati laluan konkrit di hadapan bangunan sekolah ber-kenaan tersembul keluar membentuk lereng berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran.


