SBEU setuju subsidi dikurang dengan syarat gaji dinaikkan

0

KUCHING:Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) bersetuju dengan sebarang pelan kerajaan untuk mengurangkan subsidi komoditi dan perkhidmatan penting dengan syarat gaji (pekerja) dinaikkan.

Ketua Pegawai Eksekutif SBEU Andrew Lo berkata kenaikan gaji akan menyumbang kepada produktiviti lebih baik dan negara berpendapatan tinggi.

“Jadi ‘ya’ kurangkan subsidi, hapuskan jika perlu tetapi gaji mesti dinaikkkan,” katanya dalam kenyataannya baru-baru ini.

Andrew berkata kerajaan juga perlu berhenti daripada mengurangkan cukai korporat seperti mahu menghentikan subsidi.

“Defisit kerajaan telah meningkat disebabkan pengurangan cukai korporat yang lebih rendah yang dipercayai boleh menggalakkan pelaburan.

“Syarikat korporat akan terus meminta cukai dikurangkan tidak kira sampai tahap mana,” ujarnya.

Menurutnya ketika ini kerajaan memberi subsidi bukan hanya untuk komoditi-komoditi seperti gula dan minyak (bahan api).

Persoalannya sekarang katanya kenapa perlunya subsidi untuk komoditi dan perkhidmatan penting.

Beliau juga tertanya-tanya jika kos hidup bagi kumpulan berpendapatan rendah akan menjadi terlalu politik dan sosial, tidak masuk akal tanpa subsidi.

“Adakah kita tidak berada pada posisi di mana masyarakat kita kini sudah ketagih untuk bergantung kepada subsidi?

“Kenapa perlunya wang hasil cukai digunakan untuk mensubsidikan gula yang digunakan oleh orang untuk ke Starbucks atau mensubsidikan petrol bagi mereka yang memandu kereta mewah,” ujarnya.