MDS buka kaunter bergerak selama dua jam hari ini
July 10, 2010, Saturday
SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) hari ini (10 Julai) mengadakan perkhidmatan ‘One Stop Service’ dengan membuka kaunter bergerak untuk menerima sebarang permasalahan dan cadangan daripada orang ramai berkenaan dengan perkhidmatan MDS.
Pada masa yang sama, kaunter itu turut dibuka kepada sesiapa sahaja yang hendak membuat pembayaran untuk cukai tafsiran kerana pihak MDS ada menyediakan saguhati bagi sesiapa yang membuat pembayaran pada masa ini.
Kaunter berkenaan dibuka dari jam 8 hingga 10 pagi, bertempat di Bulat Nursery, Jalan Chung Nik, Sarikei.
Orang ramai yang mempunyai masalah dan pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan MDS dijemput hadir dan kedatangan mereka amat dialu-alukan, khususnya yang hendak membuat pembayaran cukai tafsiran.


