Kekecewaan iringi kepulangan skuad Belanda

0

AMSTERDAM, Belanda:”Kami masih belum menghilangkan rasa kecewa,” kata jurulatih Bert van Marwijk ketika memberitahu wartawan di lapangan terbang Schiphol di Amsterdam, sambil dikelilingi oleh pasukan yang jelas kelihatan sugul dengan berpakaian seluar hitam dan kemeja putih sambil membawa sejambak bunga berwarna oren.

 

CUBA LAGI: Skuad Belanda setibanya di Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam, Belanda pada Isnin lepas, sehari selepas mereka tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. — Gambar AFP

CUBA LAGI: Skuad Belanda setibanya di Lapangan Terbang Schipol di Amsterdam, Belanda pada Isnin lepas, sehari selepas mereka tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. — Gambar AFP

“Untuk melepaskan Piala Dunia pada tiga minit terakhir adalah sangat menyakitkan.”

Pasukan mendarat pada jam 5.20 petang waktu tempatan di Schiphol, di mana para pemain jelas diasingkan daripada orang ramai, kata seorang wartawan AFP.

Pesawat KLM Boeing 777, yang mengibarkan bendera Belanda di kokpit selepas mendarat, diiringi oleh dua jet F-16 di ruang udara Belanda, salah satu daripadanya diwarnakan dengan warna oren pasukan kebangsaan.

Jentera bomba kemudian menyembur air ke arah pesawat sebagai isyarat selamat datang dan para pemain yang keluar dari pesawat diserahkan sejambak bunga oleh pramugari penerbangan.

Kakitangan lapangan terbang memberhentikan kerja mereka seketika untuk mengambil gambar pemain menggunakan telefon bimbit.

Pemain-pemain kemudian dibawa ke satu podium bersebelahan pesawat dengan kira-kira 100 wartawan dan jurugambar menunggu.

“Saya bangga dengan pasukan ini,” demikian kata kapten Giovanni van Bronckhorst. “Kami memberikan segala-galanya.”

Selepas bertemu dengan media, para pemain kemudian menaiki bas yang membawa mereka ke sebuah hotel di bandar tepi laut, Noordwijk, di mana mereka dipertemukan semula dengan pasangan dan keluarga masing-masing, menurut Hilde Bruggink, seorang jurucakap untuk persekutuan bola sepak Belanda (KNVB).

“Mereka pada awalnya dijadual berlepas menggunakan helikopter tetapi kerana keadaan jalan yang baik, kami membuat keputusan menaiki bas,” kata beliau.

Puluhan penyokong setia berkumpul di lapangan terbang dari sebelah pagi dengan harapan untuk bertemu dengan pemain, walaupun satu rayuan daripada pegawai lapangan terbang Schiphol untuk tidak berbuat demikian. — AFP

Skuad bola sepak Belanda kembali ke tanah air mereka Isnin lepas setelah kekalahan tipis 0-1 kepada Sepanyol di final Piala Dunia 2010 dan kehadiran mereka disambut oleh dua jet pejuang F-16 dan satu majlis menyembur air oleh pasukan bomba ke arah pesawat yang membawa mereka.