Bolt, Powell bersemuka di Paris



Dua jaguh Jamaica bertemu kali pertama dalam Liga Permata musim ini

ATHLETICS-GBR-AVIVA-GRAND PRIX

PARIS, Perancis: Jaguh pecut dunia, Usain Bolt akan bersemuka dengan rakan senegaranya dari Jamaica, Asafa Powell dalam acara 100 meter buat kali pertama musim ini pada kejohanan Liga Permata IAAF di sini hari ini.

Bolt, pemegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter, memulakan musim ini dengan catatan masa 9.86 saat di Daegu tetapi kemudian membatalkan beberapa kejohanan selepas mengalami kecederaan kecil di bahagian buku lali.

Atlet berusia 23 tahun itu kembali berlumba di Lausanne minggu lepas dan mencatatkan masa 9.82 saat dan ketika menegaskan beliau tidak merasai kesakitan di bahagian buku lali, beliau berkata beliau hanya berlumba dengan 80 peratus keupayaannya.

Namun begitu, juara Sukan Olimpik itu menegaskan beliau akan cuba memburu catatan terpantas 9.7 pada perlumbaan hari ini.

“Sa-ya berada da-lam keada-an yang baik,” kata Bolt. “Saya masih belum cergas 100 peratus, mungkin 80 peratus. Selagi saya berlari lurus, ia adalah baik.”

Catatan Bolt di Lau-sanne menyamai masa terpantas musim ini yang dicatatkan Powell, bekas pemegang rekod dunia di Rom.

“Jumaat ini, saya fikir kita akan melihat satu perlumbaan serius di antara Asafa dan saya dan beliau sudah berkata beliau sudah bersedia untuk saya,” kata Bolt. “Saya belum bersaing dengan beliau lagi pada musim ini. Beliau dalam keadaan yang cukup bagus. Beliau tidak mengalami kecederaan dan sentiasa berlumba dalam masa 9.8 saat.”

Kali terakhir Powell menewaskan Bolt dalam acara 100 meter ialah di Stockholm dua tahun yang lalu. Sejak itu Bolt masih belum tewas dalam acara 100 dan 200 meter.

“Saya tidak sabar untuk berlumba dengan masa 9.7 saat, berdasarkan kepada pencapaian saya di Lausanne,” kata Bolt. “Saya berlari 9.82 di sana dalam keadaan yang sangat baik tetapi apabila anda tahu saingannya cukup kuat, anda boleh membayangkan catatan masa yang lebih baik.”

Saingan hari ini juga menyaksikan seorang lagi atlet Jamaica, Yohan Blake, bersaing dengan Churandy Martina dari Dutch Antilles, Richard Thompson dari Trinidad dan bintang muda, Christophe Lemaite dari Perancis, yang mencipta masa 9.98 saat untuk rekod kebangsaan Perancis minggu lepas.

Sementara itu, juara dunia dari Afrika Selatan, Mbulaeni Mulaudzi akan bersaing dalam acara 800 meter lelaki dan akan dicabar oleh Abubaker Kaki dari Sudan.

Dalam acara padang, penonton tuan rumah akan memberikan perhatian kepada jaguh lompat bergalah lelaki, Renaud Lavillenie dan Romain Mesnil, yang akan mencabar jaguh dunia dan Sukan Olimpik, Steve Hooker dari Australia.

Seorang lagi juara dunia, Phillips Idowu, akan menyertai acara lompat kijang lelaki.

Dalam bahagian wanita, Allyson Felix dari Amerika Syarikat (AS) akan menjadi calon utama untuk memenangi acara 200 meter.

Dayron Robles dari Cuba ba-gaimanapun tidak akan dapat bersaing dengan seteru baru, David Oliver dari AS dalam acara 110 meter lompat pagar kerana kecederaan.

Ejen Robles, Tony Campbell berkata atlet itu mungkin tidak akan berlumba sehingga kejohanan Liga Permata di Crystal Palace di England pada 13-14 Ogos.

Ketiadaan Robles membolehkan Oliver menjadi calon pilihan untuk acara di mana beliau hanya kurang tiga perseratus dengan satu rekod dunia. — AFP

Related Posts

  • No Related Posts