Cole akan ke Madrid: Casillas



LONDON, England: Pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole mungkin akan menyertai Real Madrid, menurut penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas.

Cole dikaitkan dengan perpindahan bernilai 30 juta pound ke Real Madrid sejak bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho menjadi jurulatih baru Madrid pada bulan Mei.

Pemain pertahanan kiri antarabangsa England itu dilaporkan tidak gembira dengan kehidupan di England selepas bercerai dengan bintang pop British, Cheryl ekoran pendedahan akhbar mengenai skandal sulitnya dengan beberapa wanita.

Mourinho juga berminat menyatukan Cole dan Casillas, yang mengetuai Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010, mendakwa beliau telah diberitahu untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

“Daripada apa yang saya dengar, pembelian Cole semakin menjadi realiti,” kata Casillas ketika memberitahu akhbar The Sun.

“Saya hanya bercakap seketika dengan beberapa orang di kelab tetapi saya yakin bahawa beliau boleh menjadi pemain Real Madrid pada tahun hadapan

“Saya fikir adalah satu perpindahan yang baik untuk beliau secara profesional dan peribadi. Meninggalkan ‘kesengsaraan’ di England mungkin sesuatu yang mahu beliau lakukan.

“Ia mungkin kontrak besar terakhirnya dan siapa lagi yang boleh mendapatkannya berbanding bekas jurulatihnya, Mourinho di Real? Beliau lebih mengetahui dari orang lain di mana kelab ini akan berjaya di bawah bimbingan Jose.

“Jose telah membuktikan bahawa beliau membeli pemain dan menjadikan mereka yang terbaik di dunia pada posisi mereka.

“Bersama Ashley, beliau tidak perlu melakukannya kerana beliau sudah mempunyai pemain pertahanan kiri terbaik. Saya tidak hairan saya apabila beliau berada dalam perhatian Madrid.” — AFP

Related Posts

  • No Related Posts