Input orang ramai untuk rangka program pembangunan belia



KUCHING: Program pembangunan belia akan dirangka berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

PELANCARAN: Larry mendaki tembok untuk menurunkan kain rentang Festival Sukan Mendaki 1st Belia Rock On Kuching, semalam.

PELANCARAN: Larry mendaki tembok untuk menurunkan kain rentang Festival Sukan Mendaki 1st Belia Rock On Kuching, semalam.

Menteri Muda Hal Ehwal dan Latihan Belia Larry Sng berkata sebelum dirangka maklum balas perlu diperolehi menerusi, antaranya Belia Survey.

Menurut beliau, maklumat mengenai keperluan belia juga akan diperolehi daripada pemegang taruh merangkumi syarikat swasta dan kerajaan.

“Apabila kita mengetahui apa keperluan belia kita ada hala tuju dan matlamat yang cuba dicapai menerusi program pembangunan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis cabutan bertuah Belia Survey 2010 di sini, semalam.

Survei tersebut dilaksanakan antara Februari dan Mei 2010 dengan objektif antara lain menganalisis keberkesanan program-program yang dijalankan oleh kerajaan dan meningkatkan kualiti.

Ia dijalankan di seluruh Sarawak dengan membabitkan 7,500 responden.

Mereka yang menjadi responden layak menyertai cabutan bertuah tersebut.

Cindy Lee dari Kampung Tebedu Serian menang hadiah utama iaitu sebuah komputer riba berjenama Apple Macbook yang bernilai RM4,000.

Pemenang kedua yang berjaya membawa balik sebuah kamera berjenama Nikon D3000 Kit ialah Goyathri Yoga Dewi, dari Taman Lung Luna, Sri Aman.

Tempat ketiga, Albert Munang dan Hii Huang Hiang dari Sibu, masing-masing memenangi sebuah telefon bimbit Nokia E63.

Seramai 20 orang responden memenangi hadiah sagu hati yang berupa barangan eksklusif sumbangan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU).

Hadir sama Pengarah UCSI Extension Gracie Geikie, Ketua Pegawai Operasi UCSI Lu Huong Ying, Pengurus Besar Jualan Celcom Sarawak Doris Ting dan Pemangku Setiausaha Tetap KPSU Hamdan Sharbini.

Sejurus selepas majlis tersebut Larry melancarkan Festival Sukan Mendaki 1st Belia Rock On Kuching. Program itu diadakan di pekarangan kompleks beli-belah tHe Spring bermula semalam hingga 18 Julai

Related Posts

  • No Related Posts