SDNU dan SIDS dua khazanah sangat bernilai

0

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) merupakan khazanah yang sangat bernilai kepada kerajaan dalam melancar¬kan program kebudayaan di negeri ini.

RASMILAH SUDAH: Mawan (tiga, kiri) sedang memukul gong sebagai simbolik merasmikan Program Malam Bersama SDNU dan SIDS di BCF di Sibu, malam kelmarin.

RASMILAH SUDAH: Mawan (tiga, kiri) sedang memukul gong sebagai simbolik merasmikan Program Malam Bersama SDNU dan SIDS di BCF di Sibu, malam kelmarin.

Berperanan penting untuk membantu kerajaan mengetengah kebudayaan masyarakat Iban

Menteri Pembangunan So¬sial dan Urbanisasi, Dato Sri William Mawan Ikom berkata, kedua-dua persatuan Dayak itu telah berperanan penting membantu kerajaan mengetengahkan kebudayaan masyarakat Iban di bahagian ini dalam beberapa program kebudayaan yang dianjurkan di sini.

“Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) yang dianjurkan di bandar Sibu telahpun dian¬jurkan selama sembilan tahun. Sepanjang tempoh sembilan tahun itu SDNU dan SIDS telah melaksanakan tanggung¬jawab yang amat besar dalam menjayakan BCF, sekali gus mempromosikan kebudayaan serta adat resam masyarakat Dayak kepada pengunjung di pentas Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF).

“Oleh sebab komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh SDNU dan SIDS, yang kedua-duanya dari cawangan Sibu, pentas BDCF masih gah berdiri sehingga ke hari ini. Syabas saya ucapkan kepada kedua-dua persatuan berk¬enaan yang telah banyak mem¬bantu kerajaan menjayakan BCF di sini,” katanya semasa

berucap merasmikan Program Malam Bersama SDNU dan SIDS di BCF 2010 yang ber¬langsung di pentas BDCF di Dataran Bandar Sibu, malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Muda Pembangunan Perumahan dan Bandar, Datuk Dr Soon Choon Teck, Ahli Dewan Undan¬gan Negeri (ADUN) Tamin, Joseph Mauh Ikeh, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Paul Igai, Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee, pengerusi SDNU cawangan Sibu, Cham¬bai Lindong, pengerusi SIDS cawangan Sibu, Ir. Alice Jawan dan pengerusi Jawatankuasa Penganjur BDCF, Tengku Geruna.

Mawan yang juga merupa¬kan ADUN Pakan berpen¬dapat untuk mengukuhkan lagi kebudayaan Dayak agar ia dapat diwarisi oleh generasi muda pada masa akan datang, SDNU dan SIDS dicadangkan supaya menubuhkan persatuan atau kelab kebudayaan Dayak di Bahagian ini.

Katanya, ia adalah satu cara yang relevan serta tepat untuk mempertahankan adat resam dan kebudayaan berkenaan agar ia tidak luput ditinggal zaman.

“Ini penting bagi kita men¬didik anak-anak supaya dapat mewarisi warisan turun-temu¬run nenek-moyang kita agar ia terus ‘hidup’ sampai bila-bila,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mawan berpendapat melalui kebu¬dayaan, ia dapat menyatukan silaturahim antara masyarakat itu sendiri.

“Memperjuangkan adat resam dan kebudayaan adalah satu cara untuk kita bersatu dalam usaha mempertahan warisan kita sendiri. Teruskan sikap yang mencintai adat dan kebudayaan bangsa sendiri,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru kepada semua ahli-ahli SDNU dan SIDS agar memanfaatkan persatuan ini untuk membela nasib bangsa sendiri serta tidak menyalah¬gunakan peranan kedua-dua persatuan tersebut.

“Gunakan SDNU dan SIDS sebagai platform untuk masyarakat Dayak bersatu, bertukar-tukar fikiran, mencari sesuatu jalan penyelesaian, bermuafakat dan sebagainya. Ini bagi kita membangunkan diri dalam ekonomi, pendidikan, taraf hidup dan sebagainya, sekali gus dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa lain,” tambah beliau.

Selain itu, katanya, kedua-dua persatuan itu dapat dijadikan sebagai tiang kepada masyarakat Dayak untuk memajukan diri, sekali gus dapat dijadikan teladan oleh persatuan-persatuan lain.

Program pada malam tersebut dimeriahkan lagi dengan perse¬mbahan artis jemputan, iaitu Peter Aaron dan Sijah, pertand¬ingan Ngajat, ‘Betaboh’ serta persembahan kebudayaan.