43 pelatih Kolej Kesihatan Awam keracunan makanan

0

KUCHING: Seramai 43 orang pelatih Kolej Kesihatan Awam, Kota Sentosa, di sini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) setelah dipercayai mengalami keracunan makanan.

Mereka yang berusia antara 18 dan 35 tahun dilaporkan telah menikmati makan malam yang disediakan kantin kolej terbabit kira-kira pada jam 6.30 petang kelmarin.

Seorang mangsa berkata, kebanyakan mereka mengalami muntahmuntah, pening kepala dan kulit badan menjadi kemerah-merahan. Beliau memberitahu, menu makanan mereka pada petang itu ialah ikan goreng, sup sayur dan sayur bayam goreng.

Mangsa tersebut percaya keracunan makanan yang mereka alami berpunca daripada lauk ikan goreng.

Semua pesakit dikatakan telah memakan lauk tersebut.

Mereka dirawat sebagai pesakit luar setelah tiba di HUS kira-kira pada jam 9 malam. Difahamkan mereka kembali ke kolej sejurus selepas menerima rawatan.