WTF Bintulu raih 11 emas pada kejohanan taekwondo Piala Borneo

0

BINTULU: Pasukan Kelab Taekwondo Smart (WTF) Bintulu berjaya meraih 11 pingat emas, 11 perak dan 14 gangsa dalam acara ‘sparring’ dan ‘poomsae’ Kejohanan Jemputan Taekwondo Piala Borneo di Dewan Suarah Kuching pada 17 dan 18 Julai lepas.

UNTUK KENANGAN: Setiusaha Kehormat Taekwondo Malaysia, Datuk Samson Maman David (berdiri sembilan kiri), Raja Zahari (tengah), Pui Jak Joon (lapan kiri), pengurus pasukan dan guru-guru pengiring serta atlet merakamkan gambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.

Kejohanan itu telah disertai oleh pasukan-pasukan dari Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka dan negara luar membabitkan Korea, Libya, Brunei, Thailand, Kalimantan (Indonesia) serta India.

WTF Bintulu diketuai oleh Presidennya merangkap Pengerusi Persatuan Taekwondo Gabungan Sarawak (PTGS) Cawangan Bintulu, Raja Zahari Raja Yusof.

Turut mengiringi pasukan WTF Bintulu ialah Su’ut Tahir yang bertindak sebagai ketua pasukan, jurulatih Pui Jak Joon, Morren Urai Lian, Elvis David serta pengadil Dexter Anyang, Shamsiah Mohd Reduan dan Lydia Jene.

Pasukan itu di bawah pengurusan Madinah Abdullah dan Leang Juk.