Kerugian akibat kecurian kabel TM menurun secara drastik

0

MIRI: Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya meng-atasi masalah kecurian kabel di negeri ini dengan mencatat penurunan drastik sebanyak 10 peratus berbanding nilai kerugian RM5 juta yang dilaporkan tahun lalu.

Pengurus Besar TM Sarawak, Omar Zaki Mustafa berkata, kejayaan itu adalah hasil pendekatan pelbagai      hala yang dilaksanakan TM dengan bantuan pihak polis, pasukan pemantau dalaman dan juga meningkatnya ke-sedaran di kalangan orang awam.

“Mulai 1 Januari tahun ini sehingga semalam, kita berjaya mengurangkan kerugian akibat kecurian kabel kepada kurang daripada setengah juta ringgit berbanding hampir RM5 juta yang dilaporkan sepanjang tahun lalu,” kata beliau.

Selain pembabitan pihak polis, katanya, TM turut me-lantik penduduk setempat      untuk sentiasa memantau sekiranya ada berlaku kes  kecurian kabel dan seterus-nya melaporkan kepada pihaknya.

“Kita turut mempunyai pasukan dalaman yang terdiri daripada kakitangan TM sendiri untuk melakukan rondaan lebih kerap dalam mengatasi masalah ini.

“Manakala pihak polis turut berjaya menangkap be-berapa pelaku jenayah ter-babit dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, dengan adanya hukuman setimpal yang dikenakan ke atas pelaku jenayah kecurian kabel ini diharap dapat menjadi pengajaran kepada me-reka yang lain agar tidak me-lakukan kesalahan serupa.

Omar memberitahu demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kempen dan Pameran Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran (OSHE) anjuran TM Sarawak yang berlangsung di pekarangan Ibusawat TM Miri di sini, semalam.

Ditanya mengenai liputan Internet di negeri ini, beliau memberitahu bahawa liputannya sangat memuaskan dan akan terus meningkat.

“Ini merupakan usaha ber-terusan kita dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sekiranya timbul sebarang permasalahan, kita akan terus menggandakan  usaha untuk mengatasinya bagi memastikan kepuasan pelanggan,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Omar, masalah “kesesakan” dalam liputan internet di Sibu dan Miri telah dapat di atasi dan ia berpunca daripada permintaan tinggi di kalangan pelanggan serta kapasiti muat turun yang dilakukan mereka.

Bagaimanapun, katanya, TM akan meneruskan usaha untuk mengatasi masalah ini dalam memastikan liputan lebih meluas dan lancar.

“Setakat ini TM Sarawak mempunyai seramai 100,000 orang pengguna baru di seluruh negeri dengan 2, 200 orang pengguna baru direkodkan pada setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian OSHE yang berlangsung mulai 27 Julai lalu hingga semalam telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Modal Insan, Mohd Khalis Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Besar OSHE, Mat Nordi Awang.