Sebanyak 42 CCTV dipasang sekitar Sibu



Usaha itu untuk memastikan tahap keselamatan di bandar ini ditingkatkan

SIBU: Sejumlah 42 kamera litar tertutup (CCTV) dengan kos kira-kira RM1 juta akan dipasang bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan bandar.Setiausaha Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Hii Chang Kee berkata, pemasangan CCTV ini selari dengan NKRA yang antara lain menekankan konsep Bandar selamat.

Katanya, 42 unit CCTV itu akan dipasang di beberapa lokasi strategik di bandar sebelum penghujung tahun ini.

“Setelah siap dipasang, ia akan membantu meningkatkan aspek keselamatan di bandar ini,” ujar Hii sambil memberitahu setakat ini sejumlah 11 CCTV telah dipasang.

Menurut beliau lagi, peruntukkan bagi pemasangan CCTV tambahan itu dating dari MPS.

Terdahulu sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Trafik MPS, Robert Lau Hui Yew memberitahu 42 unit CCTV lagi akan dipasang di kawasan bandar.

Dalam pada itu menurut Lau, sejumlah 38 kes membabitkan pemilik kenderaan yang mempunyai bayaran parkir tertunggak telah dibawa ke mahkamah.

Sejumlah tujuh lagi kes katanya, kini sedang dalam proses untuk dibawa ke mahkamah.

“Kita tidak hanya mengeluarkan kompaun, tetapi turut berusaha mengutip balik bayaran tertunggak parkir,” ujarnya sambil memberitahu sejumlah RM18,500 telah berjaya dikutip balik.

Related Posts

  • No Related Posts