Dua model Miri menangi anugerah sampingan Miss Sarawak Model



MIRI: Model berasal dari Miri, Yvonne Supang Lukas telah dipilih sebagai ‘Miss Cover Look’ dalam majlis prebiu Miss Sarawak Model World 2010 di Imperial Mall, malam kelmarin.

Fion Lau (kanan) yang mendapat gelaran Miss Beautiful Eyes.

Fion Lau (kanan) yang mendapat gelaran Miss Beautiful Eyes.

Pengerusi Penganjur, Melissa Wong menyampai sejambak bunga kepada Shermine (kanan) yang memenangi gelaran ‘Miss Stylo’.

Pengerusi Penganjur, Melissa Wong menyampai sejambak bunga kepada Shermine (kanan) yang memenangi gelaran ‘Miss Stylo’.

Beliau merupakan antara tiga model yang menerima gelaran sampingan sempena pertandingan ratu cantik model dunia peringkat negeri yang julung kali diadakan di Miri.

Dua model lain ialah Fion Lau juga dari Miri dipilih sebagai ‘Miss Beautiful Eyes’ manakala Shermine Ung dari Kuching dipilih sebagai ‘Miss Stylo’.

Mereka masing-masing menerima sejambak bunga dan hamper.

Sementara, Edwina Yong dari Miri dan Christina Wong dari Sibu masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga untuk gelaran ‘Miss Cover Look’.

Seramai 12 model dari seluruh Sarawak merebut gelaran Miss Sarawak Model World 2010 dalam pertandingan final anjuran The Room Production yang akan diadakan pada 31 Julai ini, bermula 7.30 malam di Eastwood Valley Golf & Country Club.

Tiket untuk menyaksikan pertandingan tersebut masih dijual pada harga RM100 untuk seorang.

Untuk tempahan tiket dan keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, boleh menghubungi Gavin Chieng di talian 016-8588456, Kelvin Wong (016-8739234) dan Wong (019-8860686) ataupun melayari laman www.misssarawakmodel2010.blogspot.com.

Related Posts

  • No Related Posts