Kesihatan juara takraw Maksak
August 5, 2010, Thursday
LIMBANG: Jabatan Kesihatan A berjaya mempertahankan gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Maksak 2010 selepas menewaskan pasukan PSKPP A pada perlawanan akhir yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Jabatan Kesihatan A dibarisi oleh Zaini Bilong selaku tekong, Timbang Tengah (apit kanan) dan Usop Amboh bersama Chendan Ujan di posisi apit kiri.
Mereka mengenepikan cabaran PSKPP dengan mata 21-18 dan 21-17.
Manakala pasukan IPG Limbang B dan Penjara B menduduki tempat ketiga bersama bagi kategori terbuka.
Bagi kategori veteran pula, pasukan PSKPP merangkul gelaran juara, manakala naib juara disandang oleh Jabatan Kesihatan.
Pasukan SESCo dan Kesuma (Majlis Daerah Limbang) pula terpaksa akur di tempat ketiga bersama.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Wali Kota MDL Sufian Mohat.


